Ipoh: Sarapan Pagi Yang Dapat Mengimbau Kenangan Ketika Kecil Di Kampung Halaman

You are currently viewing Ipoh: Sarapan Pagi Yang Dapat Mengimbau Kenangan Ketika Kecil Di Kampung Halaman

Hi korang! Hari ini min nak imbau kenangan korang masa kecil-kecil dekat kampung. Korang mesti pernah makan biskut lutut ataupun biskut kering yang dicicah bersama kopi kan? Haaa, min ada jumpa satu kedai tersembunyi dekat Ipoh, Perak yang korang boleh makan biskut lutut bersama kopi. Warung Kopi Biskut Lutut ini menyajikan pelbagai menu kampung dan menarik yang pasti dapat mengimbau kenangan korang di kampung halaman. Nak tahu dekat mana? Korang baca sampai habis!

Ingin mencari port makan menarik di sekitar Ipoh, Perak? Anda boleh tekan di sini.

Senarai Menu

Warung Kopi Biskut Lutut
Senarai Menu & Harga (Google)

Menu

Set Kopi Warung (RM4.90)

Warung Kopi Biskut Lutut
Set Kopi Warung (Instagram)

Set kopi warung ini memiliki 4 jenis pilihan kopi yang dapat memikat hati korang dan set ini juga merupakan menu yang terpaling laris di sini. Antara kopi-kopi yang orang boleh pilih adalah Kopi Warung Signature, Kopi Teluk Anson, Kopi Kluang dan Kopi Kome (Perak). Hidangan ini didatangi bersama 3pcs biskut lutut untuk korang cicah bersama. Serius min kata, padu teruk. Gabungan biskut lutut dan kopi tersangatlah sedap dan nostalgia rasanya.

Roti Bakar Telur Goyang (RM5.00)

Warung Kopi Biskut Lutut
Roti Bakar Telur Goyang (Facebook)

Siapa penggemar roti bakar telur goyang macam min? Dekat Warung Kopi Biskut Lutut ini juga ada menyediakan hidangan roti bakar telur goyang tau. Kalau korang rasa macam nak makan dengan kacang panggang, min cadangkan korang untuk add on kacang panggang untuk dimakan bersama. Korang perlu tambah RM1.00 je dan makanan korang lengkap.

Lontong

Warung Kopi Biskut Lutut
Lontong (Facebook)

Lontong ni memang min cadangkan dekat korang untuk cuba makan. Rasa kuah lontong tu serius min kata, sedap dan sangat memuaskan. Lontong ini juga bukan sekadar ada nasi impit je, tapi penuh dengan isi-isi lain tau. Jadi, peminat-peminat lontong macam min memang patut cuba di sini.

Review daripada pelanggan yang pernah makan di sini pun tak mengecewakan tau. Tak percaya? Tekan di sini.

Pendapat

Akhir sekali, min memang cadangkan korang semua yang nak feel-feel sarapan pagi ala kampung untuk cuba di Warung Kopi Biskut Lutut ini. Bukan je sedap, harga pun berpatutan. Hidangan yang disajikan pun sedap dan memuaskan. Orang Ipoh dan sekitar dengannya, apa lagi? Mohler terjah Warung Kopi Biskut Lutut ini.

Ingin mencari port sarapan menarik? Sila tekan di sini.

Lokasi

📍31, jalan sri cempaka, taman cempaka, 31400 Ipoh, Perak

🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/MV67tJazvdGCtbvb9

Waktu Operasi: 7:30am – 2:30pm (RABU TUTUP)

📲Phone: 012-9205720

“Article curated by Areisya Putri”