Ikan Ampap atau dikenali sebagai Pinasakan adalah sebuah makanan atau masakan yang memang terkenal di Sabah. Masakan ini sangat sinonim dengan masyarakat Sabah terutama kaum Kadazan Dusun.
Dalam sajian ini, ikan yang digunakan ialah ikan basung kerana ikan ini sangat digemari oleh ramai orang di Sabah. Namun begitu, ikan lain juga boleh digunakan sebagai contoh ikan kembung dan lain-lain. Selalunya “ambuyat” atau biasa di sebut “nantung” di makan bersama sup pinasakan. Menurut orang-orang di Sabah, lain tempat lain cara hidangannya.
Cara-cara penyediannya cukup mudah. Jom semak resepinya.
Bahan-Bahan
- Ikan basung (ikan sardin) 1kg
- Kunyit hidup sebesar ibu jari
- Halia (separuh ibu jari)
- Bawang merah 3 biji
- Bawang putih 5 biji
- Serai 3 tangkai
- Lada 2 tangkai
- Air asam jawa (100ml)
- Garam dan ajinamoto secukup rasa
Cara-cara
- Bersihkan terlebih dahulu ikan yang telah disediakan.
- Tumbuk kunyit, halia, bawang merah, bawang putih, serai dan lada sehingga lumat.
- Masukkan ikan dalam kuali dan letakkan air melepasi ikan.
- Kemudian letak bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi ke atas ikan.
- Seterusnya letakkan air asam jawa dan ajinomoto secukup rasa beserta garam.
- Akhir sekali, masak ikan ampap sehingga air rebusan menjadi sedikit (Pilihan)
Menurut Puan Narty, iaitu salah seorang penggemar Ikan Ampap lauk ini begitu menarik, hal ini kerana semakin lama ia disimpan, semakin sedap ikan tersebut. Menurutnya lagi juadah ini boleh disimpan selama dua hingga tiga hari dan mungkin lebih.
Selamat Mencuba!!!
Baca juga artikel:
- Burasak: Sajian Tradisi Orang Bugis Yang Sedap & Disukai Ramai
- Kelupis: Makanan Unik Etnik Di Sabah & Sarawak
Artikel oleh Syuriana Ibrahim