ICBS 2024: Menjemput Anda Meneroka Inovasi Kafe di Kuala Lumpur!

You are currently viewing ICBS 2024: Menjemput Anda Meneroka Inovasi Kafe di Kuala Lumpur!

Pameran Kafe & Minuman Antarabangsa (ICBS) 2024, pameran terulung bagi produk makanan, minuman dan kafe artisan, kembali ke Kuala Lumpur Convention Centre dari 23 hingga 25 Mei 2024. Pengunjung boleh meninjau dan meneroka tawaran terbaharu daripada industri kafe dan kopi, mengunjungi Roasters Village (Perkampungan Pemanggang Kopi) yang kembali sekali lagi, menyertai kelas pakar, menjalani latihan kemahiran barista dan menyaksikan pertandingan membuat produk bakeri yang diadakan buat julung kalinya.

Christopher McCuin, Pengarah Urusan Montgomery Asia:

Christopher McCuin
Sumber: Christopher McCuin

“Kami teruja untuk melihat sambutan daripada rakan niaga, penaja dan peserta pameran. Berbekalkan hasil maklum balas daripada pameran tahun lepas, kami telah menambah ruang pameran sebanyak 60% untuk menerima lebih banyak pempamer, peserta dan pengunjung. Semua ruang pameran telah diisi menjelang Mac tahun ini!

Kami mencapai mercu jaya penting pada 2024 apabila mendapat sokongan daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Sokongan ini membolehkan syarikat-syarikat yang berdaftar dengan MATRADE memohon Geran Pembangunan Pasaran (MDG) sebagai pempamer ICBS.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) atas sokongan mereka kepada ICBS 2024. Sokongan mereka amat penting untuk menjayakan penganjuran acara, dan kami tidak sabar untuk mengalu-alukan mereka, industri kafe dan kopi Malaysia dan juga penggemar kopi ke pameran ini.”

Tumpuan Pameran ICBS 2024:

ICBS 2024 menghimpunkan 450 jenama dari lebih 40 negara, dengan 1,500 pemilik kafe dan lebih 1,000 barista dijangka hadir. Acara ini merupakan platform yang menghubungkan peserta di Malaysia dan pasaran sekitar dengan pembekal dan bakat dari dalam dan luar rantau ini.

ICBS 2024 dijangka menarik lebih daripada 12,000 pengunjung dari Malaysia dan luar negara sepanjang tiga hari. Iaitu khas untuk pengunjung perdagangan pada 23 – 24 Mei. Pengunjung awam dan perdagangan pada 25 Mei yang merupakan hari terakhir acara. 

Pameran ini memberi tumpuan kepada kopi istimewa, minuman, produk F&B, gaya hidup kafe, serta perabot, reka bentuk dan teknologi kafe. Malah pertandingan separuh akhir dan akhir Kejohanan Kopi Istimewa Malaysia anjuran Persatuan Kopi Istimewa Malaysia (MSCA) akan turut diadakan. Pengunjung pameran dapat melihat barista Malaysia yang sedang meningkat naik bersaing dalam Kejohanan Barista Malaysia, Piala Pemanggang Kopi Malaysia dan Kejohanan Seni Latte.

Rakan kerjasama penting lain bagi ICBS 2024 termasuklah Persekutuan Kopi ASEAN, Barista Guild Asia, Persatuan Pengeksport dan Industri Kopi Indonesia, Persatuan Barista Thailand, Persatuan Hotel & Restoran Filipina, Lembaga Kopi Filipina, Persatuan Kopi Lao, Persatuan Kopi Myanmar, Persatuan Kopi Singapura, Persatuan Kopi Istimewa Indonesia, Persatuan Kopi Thai dan Persatuan Kopi Koko Vietnam.

Pameran ini diadakan di Dewan 1 & 2 KLCC. Pengunjung perdagangan dan industri menjadi tumpuan pada dua hari pertama (23 dan 24 Mei, 10.00pg hingga 6.00ptg). Hari ketiga dan terakhir (25 Mei, 10.00pg hingga 5.00ptg) terbuka kepada pengunjung industri dan juga orang awam. Mereka boleh menikmati aroma dan kelazatan kopi dan pelbagai produk luar biasa. Selain itu, mereka juga boleh menyaksikan pertandingan akhir BakinLove Next Top Baker dan Kejohanan Kopi Kebangsaan Malaysia.

Info Lanjut Mengenai ICBS 2024:

Layari laman sesawang rasmi mereka: https://intl-cbs.com/

Artikel berkaitan:

Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.

Leave a Reply