Harga Durian Jatuh Disebabkan PKP?

You are currently viewing Harga Durian Jatuh Disebabkan PKP?

Ramai yang sedang berusaha keras untuk bertahan dalam waktu yang sukar ini. 

Peniaga juga menempuhi kerugian pada waktu PKP ini.

Betul ke harga durian semakin berkurang disebabkan PKP?

via GIPHY

Komen di ruangan bawah!

Durian merupakan raja buah dan ia juga adalah salah satu buah-buahan tradisional Malaysia.

durian

Terdapat pelbagai jenis buah durian dimana masing-masing mempunyai rasa lemak dan manis tersendiri.

Bagi penggemar buah durian, mereka senang untuk bezakan rasa antara jenis-jenis durian yang ada.

Jenis durian yang terkenal ada Durian Musang King. 

Harga Durian Musang King memang sesuai dengan rasa lemak dan berkrim yang premium itu.

Durian Musang King adalah salah satu jenis durian yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia.

Namun, Musang King adalah nama komersial bagi durian tersebut kerana nama sebenarnya adalah Raja Kunyit yang didaftarkan oleh Wee Chong Beng pada tahun 1993.

Pokok asal durian tersebut berada di Tanah Merah, Kelantan.

Kulit durian ini berbentuk bujur memanjang dan kulit yang hijau terang, lagi-lagi dengan isinya yang tebal dan berwarna kuning keemasan, sangat licin dengan sedikit serat atau tiada langsung. 

Tekstur Musang King ini melekit dan berkrim serta mempunyai rasa manis dan pahit yang telah memikat hati rakyat Malaysia.

via GIPHY

Selain Musang King, jenis durian kedua terkenal adalah Durian Sultan ataupun dikenali sebagai Durian D24.

durian sultan d24

Durian ini berbentuk bulat dan mempunyai duri yang lebih tirus dan tajam, berwarna kuning pucat manakala isinya pula mempunyai tekstur tebal dan lembut.

Namun, harga Durian Sultan ini lebih rendah berbanding Musang King.

Durian Sultan D24 ini juga digemari oleh rakyat Malaysia dengan rasa lemak yang memberi kepuasan setanding Durian Musang King.

Kalau nak berjimat sikit, bolehlah pilih Durian Sultan D24 ini!

via GIPHY

Ada banyak lagi jenis durian yang ada. 

Cuba korang komen, dalam banyak-banyak jenis durian yang ada, mana satu yang boleh bagi korang kepuasan tahap maksimum?

Comments