Korang peminat buttermilk dan salted egg? Hanora Kitchen pasti akan dapat memenuhi permintaan korang! Hanora Kitchen terletak di Seksyen 14, Shah Alam terkenal dengan masakan buttermilk dan salted egg yang pekat dan sedap. Harga pun berpatutan. Setiap makanan yang dihidangkan semuanya panas-panas. Fuh confirm sedap! Review daripada pelanggan-pelanggan yang pernah berkunjung ke sini pun positif.
Menu Popular
Buttermilk Chicken
Menu buttermilk chicken Hanora Kitchen ni salah satu makanan yang laris tau. Kuah dan ayam yang juicy tu sangat memikat. Dahlah sedap, harga pun murah. Kuah buttermilk yang pekat tu sekali cuba mesti nak lagi. Rasa buttermilk yang lengkap dengan manis dan pedas dapat memikat hati serta menambah selera peminat-peminat chicken buttermilk untuk menjamunya. Kalau korang nak chicken masak salted egg pun Hanora Kitchen ada buat!
Jika anda ingin mengetahui port makan buttermilk yang sedap di seksyen 14 atau seksyen 15, anda boleh tekan di link ini: https://purpledurian.my/food-review/buttermilk-chicken-yang-underrated-di-ss15-warong-samad/
Dory Fish Salted Egg/Buttermilk
Selain hidangan ayam, Hanora Kitchen juga menyediakan hidangan dory fish salted egg tau. Ini antara menu yang terpaling best seller dan pilihan ramai pelanggan. Gabungan ikan dory dan kuah salted egg yang pekat melengkapi pilihan peminat salted egg ini amat menggiurkan! Rasa lemak-lemak masin tu tak muak langsung!
Udang Salted Egg/Buttermilk
Udang yang dibanjiri dengan kuah salted egg ini juga menjadi rebutan ramai pelanggan yang makan di Hanora Kitchen. Udang yang rangup dan kuah salted egg dapat meningkatkan selera pelanggan untuk menikmati hidangan ini. Menu ni memang wajib untuk dicuba bagi peminat salted egg!
Menarik kan? Peminat-peminat buttermilk dan salted egg, korang wajib datang dekat Hanora Kitchen ni. Jangan risau, di sini juga menyediakan pelbagai jenis hidangan lain yang dapat memikat selera korang seperti sweet & sour, lemon chicken dan banyak lagi. Spaghetti pun ada tau. Korang memang akan puas hati bila makan dekat sini. Nak order online pun boleh kalau korang malas nak keluar rumah bagi yang duduk area Seksyen 14. Nak tahu lokasi dekat mana? Korang boleh skrol ke bawah!
Untuk mencari tempat makan yang menarik, anda boleh tekan di link ini: https://purpledurian.my/makan/gua-lepak-makan-dan-lepak-dalam-gua/
Lokasi
📍 No. B2, Kiosk Shah Alam Walk, Jalan Majlis, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/Whak97Qq7MMhiSHP6
⏰Waktu Operasi: 10.45am – 9.00 pm (SABTU & AHAD CUTI)
📲Phone: 012-7471545
📲Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100044267353965&mibextid=ZbWKwL
📲Instagram: https://instagram.com/hanorakitchen?igshid=MWZjMTM2ODFkZg==
“Article curated by Areisya Putri”