GUA LEPAK – MAKAN DAN LEPAK DALAM GUA

You are currently viewing GUA LEPAK – MAKAN DAN LEPAK DALAM GUA

Hai semua. Kali ni min nak share satu lokasi yang best nak lepak dengan kawan-kawan. Nama pun Gua Lepak, memang port ni sesuai untuk lepak sambil menikmati makanan yang sedap-sedap.

Gua Lepak ni terletak di Batu Caves Kuala Lumpur. Kalau masuk dalam ni memang lain dari yang lain, sebab kawasan dalam gua ni memang luas dan cantik. Hiasan lampu led sepanjang laluan gua ni akan menerangi perjalanan anda ke tempat makan yang menarik di sini. Memang lokasi yang agak unik kan?

MENU

Min senaraikan antara lokasi tempat makan menarik di Gua Lepak dan beberapa jenis makanan yang korang patut cuba kalau datang di Gua Lepak.

Menu Gua Lepak
Facebook: Gua Lepak

MAKANAN

1. Buttermilk Chicken (RM 10 – RM 12)

Buttermilk Chicken
Instagram:Gua Lepak

D’ gua Kahfi Cultural Village yang beroperasi dari pukul 5 petang sehingga 1 pagi menghidangkan anda pelbagai pilihan makanan. Antaranya Buttermilk Chicken dengan harga serendah RM 10 untuk hidangan regular size. Kalau anda nak dapatkan saiz yang lebih, anda boleh dapatkan dengan harga RM 12 untuk large portion.

2. Ayam Merah Bosh (RM 10-12)

Ayam Merah Bosh
Instagram: Gua Lepak

Ayam Merah Bosh juga boleh didapati di lokasi yang sama. D’ gua Kahfi Cultural Village menyajikan anda palbagai pilihan makanan yang murah dan berbaloi. Memang banyak pilihan dan sudah ramai yang repeat order. Anda juga boleh buat pilihan untuk saiz large atau regular.

3. Creamy Spaghetti (RM 10-12)

Creamy Spaghetti
Instagram: Gua Lepak

Anda juga boleh dapatkan Spaghetti dengan harga RM 10 – RM 12. Saiz juga berbeza mengikut harga. Bukan sahaja Creamy Spaghetti, di sini juga ada Spaghetti Aglio Olio dengan harga yang sama dan saiz yang sama.

4. 3 Budak Denyut (RM 10-12)

3 Budak Denyut
Instagram: Gua Lepak

Last sekali, min nak share ialah menu 3 Budak Denyut. Nampak sedap kan? Kalau tengah lapar, makan panas-panas ni memang menyelerakan. Dengan lauk pauk yang sedap, nasi dan telur, memang akan membuka selera anda.

REVIEW

Gua Lepak ni memang best. Anda boleh kunjungi pelbagai tempat makan yang menarik di sini. Kalau anda nak merasai pengalaman makan yang menarik dalam gua, anda mesti datang ke Gua Lepak. Harga makanan dan saiz hidangan memang berbaloi untuk anda.
Jemput semua datang cuba dan komen!

LOCATION

📍Gua Lepak

Jalan TIB 1/3, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor
🗺Google maps: https://goo.gl/maps/iD8BnHff4MUZQnzE6

📞Phone: 011-1230 9034
📲Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100089378965650&mibextid=LQQJ4d
📲Instagram: https://instagram.com/gualepak?igshid=YmMyMTA2M2Y=
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@gualepak?_t=8adPLfCkbIX&_r=1