Pizza Mansion, sebut sahaja nama cafe ni mesti ramai yang tahu. Pizza yang mereka sediakan semuanya fresh baked. Pizza yang dibakar juga ada aroma smokey disebabkan oleh mereka bakar menggunakan kayu. Jadi aroma pizza tu akan jadi lebih kuat. Apa yang bestnya bila masuk je cafe ni akan ada aroma pizza yang dibakar. Bau dia memang buat korang terliur. Pizza Mansion ni dah viral lama dah dan sekarang mereka memiliki beberapa buah outlet di kawasan KL. Jangan risau chef mereka adalah orang muslim dan cafe mereka muslim friendly.
Cafe yang memiliki vibes aesthetic dan classic ni dah menarik ramai orang-orang muda dan para peminat pizza. Selain itu, pizza yang mereka sediakan korang boleh tengok diorang deco sebelum dibakar. Bahan-bahan yang digunakan semuanya fresh dan berkualiti. Untuk pengetahuan korang pizza mereka sangat juicy dan crispy tau. Jadi memang sedap sangat lagi-lagi kalau dapat makan beramai-ramai. Mereka bukan saja ada menu pizza kalau korang nak makan spaghetti, mac & cheese dan macam-macam lagi.
Ramai dah yang tunjukkan video review mereka makan di Cafe Pizza Mansion dan ramai yang berpuas hati dari segi rasa serta vibes cafe mereka. Selain Cafe Pizza Mansion ada juga cafe lain yang menjual pizza homemade. Segala yang diletak di dalam pizza mereka adalah buatan mereka sendiri. Kalau berminat boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/food-review/italian-pizza-di-wop-pizzeria-kl/
Menu Cafe Pizza Mansion
1. Hey Margherita ! (RM28.00)
Hey Margherita! antara menu yang popular di Pizza Mansion. Bahan di dalamnya ada sos tomato, buffalo mozarella, minyak zaitun, daun basil segar, dan oregano.
2. Holy Pepperoni (RM33.00)
Korang peminat pepperoni boleh order menu ni. Sangat berbaloi sebab pepperoni banyak. Makan panas-panas memang sedap.
3. Truffle Mac & Cheese (RM20.00)
Truffle Mac & Cheese ni pun menu best seller di Pizza Mansion. Rasa truffle yang kuat buatkan mac & cheese tu lebih sedap dan cheese pun memang pekat. Sedap weh !
Korang yang pizza lovers tu yang belum cuba makan di Pizza Mansion kena cepat-cepat booking tau. Cafe ini kena book sehari awal sebab selalu penuh. Korang boleh pergi kemana-mana outlet mereka dan booked. Mereka ada 3 outlet buat masa ini iaitu di Bukit Bintang, Petaling Jaya, dan Bukit Damansara. Untuk outlet Cafe Pizza Mansion Jalan Mesui buka setiap hari bermula jam 12 tengah hari hingga 11 malam. Pada hari Jumaat dan Sabtu akan dibuka jam 12 tengah hari hingga 12 malam.
Location
📍 Cafe Pizza Mansion Jalan Mesui
25, Jln Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
🗺 Google maps: https://goo.gl/maps/rzJru5dSYnjY3W7v5
Booking: https://letsumai.com/partner/widget/pizza-mansion
📲 Facebook: https://www.facebook.com/pizzamansion/?locale=ms_MY
📲 Instagram: https://www.instagram.com/pizzamansion/
📲 TikTok: https://www.tiktok.com/@pizzamansion