Aison Bakery adalah satu kedai roti yang menyediakan pastry, cake, coffee dan juga roti. Kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki Cina Muslim dan setakat ini mereka telah menghasilkan lebih 1500 croissant sehari. Setiap hari mereka akan menyediakan fresh roti yang betul-betul keluar dari oven tau. Eh tiba-tiba min terus boleh bau roti yang fresh dari oven. Haa.. korang mesti nak tahu kan dekat mana bakery ni terletak. Aison Bakery ni terletak di Bandar Baru Bangi dan mereka beroperasi setiap hari jam 8 pagi hingga 6 petang.
Kalau korang nak tahu design bakery ni sangat simple dan selasa tau. Mereka juga menyediakan tempat untuk customer mereka makan disitu untuk rasa pastry atau roti yang fresh dan masih panas. Sedapnya korang makan roti yang masih panas sebab selalu kita beli yang dah siap je. Tapi dekat sini korang boleh makan sambil lepak dengan kawan-kawan tau.
Tapi yang uniknya bakery ni mereka hidangkan pastry mereka dalam bentuk korean style atau japanese style. Visual pun cantik mesti la rasa pun sedap jadi kepada mereka yang suka tangkap gambar makanan tu korang boleh datang sini sebab semua menu best-best. Hidangan tersebut boleh juga dilengkapi dengan menu coffee yang menarik. Nah min nak tunjuk food review yang pastry dekat sini rangup dan sedap sangat weh.
Haa.. kepada food hunter yang tercari-cari makanan dekat area Bangi boleh baca artikel ni. Ini mesti jadi next location untuk korang food hunting di Bangi.
https://purpledurian.my/food-review/apam-balik-dan-baby-pancake-bergegau-viral-di-bangi/
Menu
1. Coffee Croffle
Coffee Croffle antara menu yang disediakan di Aison Bakery. Kalau korang nak tahu croffle ni asalnya dari croissant dan waffle. Nak mudah croffle adalah croissant waffle. Croffle ni antara pastry favourite min tau sebab rasa dia ranggup diluar dan lembut di dalam tu memang the best.
2. Jumbo Croissant
Jumbo Croissant antara best seller di Aison Bakery sebab walaupun dah keluar dari oven lama tapi croissant ni still lagi rangup dan lembut tau. Chef bakery ni memang power sebab beliau dalam bidang bakery ni dah lebih 15 tahun.
3. Mango Ice Croissant
Mango Ice Croissant pun sedap tau korang rasa creamy dari filling di dalam croissant tu dan ditambah dengan filling mango diatasnya. Memang sedap weh peminat croissant mesti suka menu yang ni.
Tapi untuk pengetahuan korang menu croissant di Aison Bakery ada lebih dari 5 jenis croissant yang disediakan. Contohnya, almond croissant, onde-onde croissant, chicken floss croissant dan banyak lagi tak larat min nak senaraikan semua. Korang kene pergi sendiri untuk tengok menu special apa dekat sana okay! Tapi ingat bukan croissant je tau banyak lagi menu menarik yang korang boleh pilih. Sebelum pergi tu jangan lupa register dengan Club Cari Makan untuk dapat 10% diskaun untuk semua jenis menu.
Location
📍 Aison Bakery
11-G, Jalan Medan PB2A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/QMVax4wHgznvqEXy7
📲Facebook: https://www.facebook.com/aisonbakery/
📲Instagram: https://www.instagram.com/aisonbakery/