Bukit Bintang, merupakan satu kawasan di Ibu Kota yang terkenal dengan suasana malam yang meriah, Ianya juga adalah permata bagi pencinta makanan. Selain daripada kepelbagaian restoran yang menawarkan hidangan tempatan, terdapat juga sebuah restoran yang tidak banyak orang ramai tahu iaitu Daigor, sebuah restoran makanan Cina Muslim yang berunsurkan Hong Kong terletak di Bukit Bintang, menawarkan pengalaman gastronomi yang unik dan autentik.
Daigor Hong Kong Muslim Restaurant yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan berhampiran dengan KLCC, juga merupakan restoran makanan yang menyesuaikan makanan mereka agar sesuai dengan standard halal di Malaysia. Ini memberi peluang kepada pelanggan Muslim untuk merasai rasa makanan asli cina muslim Hong Kong tanpa perlu bimbang mengenai status halal hidangan yang ditawarkan di Daigor.
Sesuai dengan namanya, Daigor bukanlah sebuah restoran Cina Muslim yang lazim. Ia menggabungkan dua budaya yang berbeza iaitu Cina Muslim Hong Kong dan Melayu. Restoran ini sememangnya membawa satu pengalaman makanan yang sangat menarik. Ini menjadikan Daigor salah satu destinasi makanan yang paling unik di Kuala Lumpur.
Kalau korang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang restoran yang viral sekitar Kl, korang boleh klik link di sini.
Suasana
Apabila kita melangkah ke dalam restoran ini, suasana santai dan mesra menyambut kita. Dengan hiasan yang menyerlahkan elemen hiasan Hong Kong dengan sedikit sentuhan moden, Restoran Daigor semestinya memberikan suasana yang seolah berada di Hong Kong kepada pelanggan. Namun, apa yang benar-benar membuat Daigor berbeza dan istimewa ialah interaksi antara staf dan pelanggan. Staf di Daigor selalu berusaha untuk memastikan setiap pengunjung merasa seperti di rumah sendiri. Mereka sentiasa bersedia memberi cadangan mengenai makanan, menjelaskan asal-usul hidangan, atau sekadar berbual mesra.
Menu
Namun, apa yang menarik perhatian di restoran ini ialah bau haruman makanan yang ditawarkan. Menu di Daigor menawarkan pelbagai pilihan yang menaikkan selera. Antara pilihan-pilihan popular termasuk Mi wantan dengan potongan ayam atau itik panggang, dim sum yang lembut, dan “ Classic Hong Kong Egg Tart ” yang penuh rasa. Setiap hidangan disediakan dengan teliti mengikut piawaian standard halal, memastikan bahawa setiap pelanggan, sama ada Muslim atau bukan, boleh menikmati makanan dengan yakin. Kualiti makanan di Daigor juga memang tiada tandingannya kerana bahan-bahan yang digunakan adalah segar dan dipilih dengan teliti. Chef di Daigor juga mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam memasak makanan berunsur Cina Muslim Hong Kong, dan dedikasi mereka terhadap seni kuliner dapat dirasai dengan jelas dalam setiap hidangan.
Untuk melihat senarai menu di Daigor, boleh klik di sini
“ Wantan Mee With Roasted Duck”
Wantan Mi bersama Itik Panggang ialah antara hidangan yang benar-benar memikat selera. Mi yang lembut dan bersarang dengan salutan kicap yang pekat dan berperisa disertakan dengan itik panggang yang garing di luar dan lembut di dalam, mencipta sebuah gabungan rasa yang sempurna. Setiap suapan mengungkap rasa asli dan kekayaan rempah ratus Hong Kong, menjadikan hidangan ini salah satu kegemaran pelanggan.
“ Classic HK Egg Tart”
Egg tart klasik Hong Kong di Daigor benar-benar memikat selera! Lapisan pastri yang rapuh dan bermentega, disertakan dengan inti kastard telur yang lembut dan manis, membawa min kembali ke kawasan jalanan di Hong Kong. Setiap gigitan adalah kombinasi sempurna antara tekstur dan rasa.
“Steamed BBQ Chicken Bun”
Pau BBQ Ayam di Daigor, Bukit Bintang benar-benar menyelerakan! Kulit pau buatan sendiri yang lembut dan gebu diisi dengan inti ayam BBQ yang berperisa dan manis menjadikan setiap gigitan mengungkapkan lapisan rasa yang kompleks dan harmoni sempurna antara daging ayam yang lembut dan sos BBQ yang kaya.
Review
Kalau sekadar ambik kata-kata min pun tidak boleh, netizen juga ada memberi pendapat dan komen mereka tentang suasana dan makanan di restoran ini.
Daigor sememangnya menawarkan sebuah oasis rasa yang lazat di tengah-tengah kesibukan dan keriuhan Bukit Bintang. Bagi sesiapa yang mencari pengalaman makanan yang berbeza atau ingin merasai kombinasi unik antara budaya Hong Kong dan Melayu, Daigor adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan. Akhir kata, Daigor bukan sekadar restoran makan, tetapi sebuah pengalaman yang menggabungkan rasa, budaya, dan persahabatan antara dua negara. Sebuah permata di tengah Ibu kota yang menanti untuk diteroka.
Kalau korang nak try restoran cina muslim yang lebih power, korang boleh klik link di sini
Lokasi
📍Daigor Hong Kong Muslim Restaurant
Lokasi: Federal Territory of Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Bukit Bintang, Jalan Bukit Bintang, Unit C28&C33 55100
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/iQxUZbkHrtqX7Cks5
⏰ 10am – 10pm (Setiap hari)
☎️ Phone: 0 19-244 4468
📲Facebook: https://www.facebook.com/daigorofficial?mibextid=ZbWKwL
📲Instagram: https://instagram.com/daigorofficial?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Article Curated By Amir Haziq