Hi semua! Sebelum tu, Min nak mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Korang semua dekat mana tu? Masih di kampung atau dah balik ke rumah masing masing? Min dengar ramai dah mula bekerja kan harini. Lepas dah habis bulan puasa ni, otak kita kembali buntu nak fikir untuk makan apa dan di mana tengah hari nanti. Hari ini Min nak memberi cadangan ke anda tentang sebuah restoran di TTDI yang mungkin korang boleh tambahkan ke senarai ‘restoran-to-visit‘ kan?
Chequers, sebuah restoran yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail mempunyai pelbagai menu yang berasaskan konsep American diner seperti wafer, burger, pasta dan pizza. Lokasi Chequers yang sangat strategik iaitu di Taman Tun Dr. Ismail berdekatan dengan Restoran Mamak Al- Bidayah juga menyebabkan restoran ini mempunyai ramai peminat!
Restoran ini selalunya dikunjungi oleh pekerja yang bekerja di kawasan sekitar itu. Tetapi di waktu hujung minggu, Chequers ni tempat yang sangat sesuai untuk brunch ataupun late breakfast.
Harganya yang berpatutan dan porsinya yang memuaskan membuatkan orang kerap datang ke sini. Tapi apa yang sedap dan popular eh kat sini? Harini Min nak kongsikan dengan korang makanan kegemaran Min di sini.
Menu Untuk Direkomendasikan di Chequers
1) Chicken & Waffle
Salah satu menu popular di Chequers adalah wafer kerana wafer adalah salah satu menu terawal mereka apabila ia mula dibuka. Wafer di sini juga ada pelbagai jenis. Manis ada, pedas ada, savoury pun ada. Best kan? Tapi kegemaran Min tetap chicken & waffles. Gabungan ayam goreng rangup dengan wafer yang sangatlah fluffy di dalam dan garing di luar memang sangat sempurna. Ditambah pula dengan sos keju yang masin masin tu. Fuh, memang memuaskan.
2) Deconstructed Tiramisu
Kalau korang nak makan something yang light je, deconstructed tiramisu ni korang wajib try tau. Dihidang dengan wafer rangup dalam ketulan kecil, keju mascarpone dan satu shot espresso, menu ni menjadi salah satu menu kegemaran orang ramai.
3) Mac & Cheese Burger
Mac & Cheese Burger ni menu pertama yang Min cuba di Chequers dan safe to say, Min akan datang ke Chequers untuk repeat menu ini lagi & lagi. Burger ini mengandungi daging lembut yang disertakan dengan keju meleleh di atasnya dan pasta mac & cheese yang lazat di dalamnya. Dan yang paling penting, burger ini disajikan dengan kentang goreng dan juga salad! Lengkap dah.
Kalau korang belum cuba ke restoran ini, jangan lupa datang ya untuk menikmati makanan berkonsepkan Amerikan Diner ini. Untuk menu penuh, boleh klik link ini.
Lokasi
📍Chequers Taman Tun Dr. Ismail
153, Jln Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
🗺 Google Maps: https://goo.gl/maps/QvPSmZUvmTDZ7nh67
📞 +60 3-7733 3068
📱Instagram: @chequersKL
Artikel ini ditulis oleh Nuha Azaha.