Cendol Asli Omak Den review – Rasa ORI Cendol Hanya untuk Anda

You are currently viewing Cendol Asli Omak Den review – Rasa ORI Cendol Hanya untuk Anda

Bercakap tentang cendol terutama pada musim panas ini pasti membuatkan korang nak satu di depan mata supaya boleh hilangkan dahaga korang kan. Cuba bayangkan, semasa korang keluar dari rumah, berjalan ke sana ke mari, lepastu ada kedai cendol di depan korang menunggu korang datang membeli. Erm… Cuba bayangkan je dah buat korang rasa dahaga kan? Berita gembira buat warga Selangor, Cendol Asli Omak Den telah tiba untuk membantu korang mendapatkan rasa cendol asli yang sememangnya sedap dan membasahkan tekak anda daripada kehausan.


Untuk pengetahuan korang, Cendol Asli Omak Den merupakan gerai makan yang dibuka di pelbagai pasar malam di sekitar Shah Alam dan Klang. Dari Seksyen 7 ke Seksyen 18 dan Meru, Klang. Pelbagai jenis topping cendol yang korang boleh pilih untuk diletakkan dekat Cendol Asli Omak Den. Bukan itu sahaja, gerai makan itu turut menawarkan Nasi Ambeng yang boleh dimakan bersama cendol. Ini adalah sesuatu yang baik! Pelbagai review telah memberikan pujian yang hebat terhadap Cendol Asli Omak Den. Nak tahu lebih lanjut tentang cendol, klik link dibawah.
https://purpledurian.my/makan/7-tempat-terbaik-untuk-abc-air-batu-campur-di-kl-dan-selangor-hari-ini/

Cendol Asli Omak Den (https://www.facebook.com/cendolasli)
Cendol Asli Omak Den (https://www.facebook.com/cendolasli)

Menu

Cendol Lai Chi Kang

Cendol Lai Chi Kang (https://www.instagram.com/cendol_asli/?hl=en)
Cendol Lai Chi Kang (https://www.instagram.com/cendol_asli/?hl=en)

Hrm… Bila bercakap tentang cendol, tiada siapa yang boleh bayangkan bahawa ia boleh digandingkan dengan Lai Chi Kang yang juga sejenis minuman lain. Tapi inilah hakikatnya, tuan punya gerai, Puan Noriza Binti Tetel. Dia telah berjaya menggabungkan kedua-duanya dan mencipta apa yang dipanggilnya Cendol Lai Chi Kang. Rasa cendol campur Lai Chi Kang. Sedap! Korang juga boleh memilih topping apa yang korang nak letak pada cendol tersebut. Bukan itu sahaja, untuk pengetahuan korang, setiap bahan yang dia buat Cendol Lai Chi Kang, semuanya home-made! Semestinya hanya Ori untuk pelanggannya.

Nasi Ambeng Warisan Jawa

Nasi Ambeng Warisan Jawa (https://www.facebook.com/cendolasli)
Nasi Ambeng Warisan Jawa (https://www.facebook.com/cendolasli)

Nama itu sendiri kedengaran menakjubkan, bukan? Sekarang, cuba rasainya. Umph! Sedap! Nasi Ambeng di sini pasti membuatkan korang rasa seperti kembali ke zaman dahulu, merasai keaslian makanan keturunan Jawa. Tambahan pula pelbagai lauk pauk turut dihidangkan di gerai tersebut untuk anda pilih untuk dimakan bersama dengan Nasi Ambeng. Wah… Memikirkannya sudah membuatkan perut Izzah berkeroncong. Bagaimana jika korang makan bersama dengan Cendol Lai Chi Kang. Pasti hebat!


Secara keseluruhannya, anda perlu mencuba rasa ori Cendol Lai Chi Kang dengan Nasi Ambeng Warisan Jawa. Hanya dengan itu, anda boleh tahu kehebatan kedua-dua makanan. Ingat kawan-kawan, cari gerai kat pasar malam bukan supermarket. Di bawah ialah tempat dan masa yang korang boleh temui Cendol Asli Omak Den. Kalau korang nak tahu tempat makan yang best kat Shah Alam klik link di bawah ya.
https://purpledurian.my/food-review/mahu-makan-hidangan-melayu-moh-lerr-kita-singgah-di-kafe-lorong-shah-alam/

Senarai pasar malam Cendol Asli Omak Den dan Nasi Ambeng Warisan Jawa
Waktu Perniagaan :
-Pasar Malam
5pm – 9.15pm atau habis awal.
-Solat Jumaat
11.45am – 2.15pm

📍 Lokasi

Isnin – Pasar Malam Seksyen 18, Shah Alam
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/dVANT8TB9C4jE3ReA

Selasa – Cendol Asli Omak Den Pasar Malam Seksyen 17
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/2APeNouqKb8Xy8BV7

Rabu – Pasar Malam Seksyen 7, Shah Alam
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/Uxx6qjRy8ZP5J45i8

Khamis – Pasar Malam Seksyen 27, Shah Alam
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/4vgeRLuQtdmEjW7F9

Jumaat – Masjid Ubudiah Seksyen 19 Shah Alam,
Tengah hari (11.45am – 2.15pm) Ada nasi ambeng dan cendol
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/3d9cHXaKhLaBUCu96

Jumaat – Pasar Malam Seksyen 25, Shah Alam
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/we2KWWTj9Xh2GQac8

Sabtu – Pasar Malam Seksyen 19, Shah Alam
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/Gxu2GDZq6e2twR6AA

Ahad – Pasar Malam Jalan Paip, Meru, Klang. (Tak ada nasi ambeng)
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/uCXoXvBFkgVUkLgk9

📲Phone: +60 13-250 4612
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@cendolasliomakden
📲Facebook: https://www.facebook.com/cendolasli?locale=ms_MY
📲Instagram: https://www.instagram.com/cendol_asli/?hl=en

Article currated by Izzah Norsham