Cendawan goreng rangup adalah salah satu snek yang semakin popular kerana kerangupannya yang memikat serta mudah untuk disediakan. Hidangan ini menggunakan pelbagai jenis cendawan yang dilapisi adunan tepung berperisa sebelum digoreng sehingga keemasan. Ia bukan sahaja menjadi pilihan sebagai makanan ringan, tetapi juga sebagai hidangan sampingan dalam pelbagai menu.
Ramai yang membuat snek ini dengan cendawan enoki, namun sebenarnya ia juga boleh dihasilkan dengan pelbagai jenis cendawan lain. Sebagai contoh, cendawan tiram. Sedap kan? Jom kita semak resepinya.
Bahan-bahan:
- Cendawan
- 4 sudu besar tepung gandum
- 4 sudu besar tepung beras
- Kunyit
- Garam
- Serbuk cili
- Serbuk lada hitam
- Pati ayam (pilihan)
- Serbuk ketumbar
- Serbuk jintan manis
- Air
Cara Penyediaan Cendawan Goreng:
- 1. Satukan semua bahan tepung dan bancuh dengan air, pastikan adunan tidak terlalu cair.
- 2. Cuci dan toskan cendawan. Sebaiknya lap menggunakan tisu untuk memastikan cendawan benar-benar kering.
- 3. Celupkan cendawan dalam adunan tepung
- 4. Kemudian, goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
- 5. Akhir sekali, setelah digoreng, gunting cendawan mengikut saiz kegemaran anda. Snek siap untuk dinikmati!
Cendawan goreng tepung sangat versatil kerana boleh dipadankan dengan pelbagai sos pencicah untuk menambah keenakan. Senang kan? Selamat mencuba semua!!!
Artikel berkaitan:
- Resepi Cucur Roti: Masak Dengan Hanya Tiga Langkah Mudah!
- Kacang Salut Tepung ‘Krup-krap’, Buat Sendiri Saja Di Rumah!
Artikel ditulis oleh Syuriana Ibrahim