Cencalok: Hidangan Unik Masyarakat Melayu

You are currently viewing Cencalok: Hidangan Unik Masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu di Melaka memang terkenal dengan pelbagai makanan tradisionalnya, yang memang cukup popular, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Selera Melaka sudah menjadi santapan lazim masyarakat Malaysia. Salah satu makanan yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu Melaka ialah cencalok. Cencalok ialah sejenis lauk dalam hidangan makanan nasi. Cencaluk dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau. Udang geragau akan dicampurkan dengan air dan akan dicampurkan dengan sedikit nasi. Setelah ketiga-tiga bahan tadi sudah menjadi sebati, seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas iaitu pasu atau tempayan kecil dan ditutup rapat-rapat dengan menggunakan kain bersih untuk diperam dan disimpan selama tiga (3) hari. Untuk menyedapkan rasanya lagi bolehlah dimasukkan sedikit air didih nasi.

Mari kita tengok cara pembuatan cencalok ni kat bawah!

Bahan-bahan

  • Cili padi (cili bergantung pada kepedasan yang kita suka)- dihiris
  • Lada hidup merah/hijau -dihiris
  • 1 labu bawang putih-dihiris
  • 3-4 biji bawang besar-dihiris
  • 3 sudu besar cuka makan
  • 2 botol cencaluk
  • 2-3 sudu besar gula

Cara-cara

  • 1. Tumis kesemua bahan yang dihiris hingga layu.
  • 2. Dah layu masukkan cencaluk yang ditapis airnya.Masukkan cuka makan.Kacau selalu supaya tak hanggit, api sederhana.
  • 3. Cencaluk yang siap ditapis buang airnya.
  • 4. Hampir kering masukkan 2-3 sudu makan gula sesuaikan rasa.Kacau hingga kering.Tak perlu letak garam sebab dah masin semulajadi.
  • 5. Siap. Dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.Boleh tahan sebulan dekat luar.

Selamat mencuba!

Baca juga artikel:

Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.

Leave a Reply