Cekodok Pisang Rangup Menggunakan Dua Bahan Mudah.

You are currently viewing Cekodok Pisang Rangup Menggunakan Dua Bahan Mudah.

Siapa yang suka makan cekodok pisang? Ia juga dipanggil ‘jemput pisang’ hidangan ini merupakan satu makanan yang lazat dan sangat mudah sediakan. Makanan ini juga sesuai dimakan ketika sarapan pagi, namun lebih ramai yang suka menghidangkannya ketika waktu petang. Ditambah pula dengan teh tarik, cukup sedap! Cekodok pisang yang rangup diluar dan lembut di dalam, sangat menjadi kegemaran masyarakat Malaysia. Mudah saja untuk menyediakannya. Jom kita belajar membuatnya.

Bahan-bahan Cekodok Pisang.

  1. 3 Biji Pisang
  2. Tepung Adunan segera.
Tepung Cekodok Pisang
Tepung Cekodok Pisang: (Google)

Cara-cara penyediaan

  • Mula-mula, lenyek pisang sehingga hancur dan tidak berketul.
Pisang lenyek
Pisang lenyek: (Google)
  • Masukkan tepung segera sedikit demi sedikit, jangan masukkan tepung sekaligus.
  • Jika adunan masih lembik, tambah lagi tepung sedikit demi sedikit.
  • Kemudian, jemput adunan menggunakan hujung jari dan jatuhkan ke dalam minyak panas.
  • Seterusnya, goreng dan kacau dengan sudip dengan cara membalik-balikkannya sehingga bahagian luar perang dan rangup.
Cara goreng cekodok
Cara goreng: (YouTube)
  • Akhir sekali, boleh angkat dan hidangkan.

Seperti yang kita ketahui pisang banyak memberikan banyak khasiat. Dengan gabungan dua bahan mudah ini, maka terhasil lah makanan untuk minum petang yang sedap ini. Mudah bukan resepi dan cara penyediaan cekodok ini? Jadi apa tunggu lagi moh ler cuba semua!!!

Baca juga artikel:

Artikel oleh Syuriana Ibrahim