Chili Oil atau dikenali juga sebagai minyak cili yang mempunyai warna merah dan diperbuat daripada minyak sayur-sayuran. ia selalunya dijadikan bahan sampingan sebagai penyedap rasa. Ingin cuba buat chili oil sendiri di rumah tetapi tidak mahu leceh? Tak perlu bimbang kini resepi chili oil mudah, boleh disediakan hanya menggunakan airfryer! Dengan alat yang praktikal ini, anda boleh menghasilkan chili oil yang pedas dan beraroma, sempurna untuk menambah rasa pada pelbagai hidangan. Bukan sahaja cepat, tetapi juga lebih sihat kerana penggunaan minyak yang minimum.
Jom, lihat cara mudah membuatnya dan nikmati sensasi pedas yang pasti buat anda ketagih!
Bahan-bahan:
- 1 cawan minyak sayuran (minyak biji bunga matahari/minyak jagung)
- 1/4 cawan serbuk cili kering (boleh pilih cili kering mengikut tahap kepedasan yang diingini)
- 3 ulas bawang putih, dihiris halus
- 1 inci halia, dihiris nipis
- 1 sudu besar biji lada hitam
- 1 sudu besar biji bijan (pilihan)
- 2 helai daun salam
- Garam secukup rasa
Cara-cara menyediakan Chili Oil:
- Panaskan airfryer pada suhu 160°C selama 3-4 minit. Tuangkan minyak sayuran ke dalam mangkuk tahan panas yang sesuai untuk airfryer.
- Tambahkan bawang putih, halia, biji lada hitam, dan daun salam ke dalam minyak. Masukkan mangkuk ke dalam airfryer dan masak selama 5-6 minit pada suhu 160°C atau sehingga bawang putih menjadi keperangan dan harum.
- Keluarkan mangkuk dari airfryer dengan berhati-hati. Biarkan minyak sejuk seketika (kira-kira 1-2 minit), kemudian masukkan serbuk cili kering dan biji bijan (jika guna). Gaul rata sehingga semua bahan terendam dalam minyak.
- Tambah sedikit garam mengikut citarasa. Kacau hingga sebati.
- Biarkannya sejuk sepenuhnya sebelum dipindahkan ke dalam balang kaca bersih. Simpan di tempat yang sejuk dan kering. Chili oil ini boleh tahan selama beberapa minggu.
Untuk rasa yang lebih pedas, anda boleh tambahkan sedikit serbuk lada cayenne atau serbuk cili tambahan. Nikmati chili oil ini dengan pelbagai hidangan kegemaran seperti mi, sup, dumpling, atau nasi! Selamat mencuba!
Baca juga artikel:
- Mengapa Tomato Adalah Teman Terbaik untuk Kesihatan Anda?
- Cara Menyimpan Tempe Supaya Tidak Berbau : Mari Kita Cuba!!!
Artikel oleh Syuriana Ibrahim