Cafe Laman Choco – Destinasi Persinggahan Untuk Mereka Yang Bercuti Di Sungai Besar, Selangor

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing Cafe Laman Choco – Destinasi Persinggahan Untuk Mereka Yang Bercuti Di Sungai Besar, Selangor

Hari ni min nak kongsikan satu tempat yang tengah viral sekarang. Cafe ni akan ramai pada waktu cuti persekolahan. Apa yang best mengenai cafe ni adalah cafe ini dibina bersebelahan dengan sawah padi dan pemandangannya sangat cantik. Nama cafe ini adalah Laman Choco yang terletak di Jalan Parit 1, Kampung Sungai Haji Durani. Kalau waktu cuti sekolah ramai pelancong menaiki bas untuk datang ke sini untuk makan petang seperti bakso, laksa, kek, dan choco jar. Cafe ini bersebelahan dengan kilang membuat choco jar jadi sambil-sambil makan boleh cuci mata beli coklat sekali.

Ruang cafe ni korang jangan risau sebab ruang dia memang luas. Dan cafe ni outdoor tau jadi semua meja diletakkan diluar. Korang boleh pilih nak makan dekat meja yang ada kerusi atau nak bersila. Min sarankan korang datang pada waktu petang sebelum padi dituai sebab masa tu pemandangan dia memang cantik sangat. Makanan dekat sini pun best-best tau mereka ada menyediakan pizza, kek, croffle, bakso, laksa, frappe dan macam-macam lagi. Makanan yang sedap ni semuanya harga rahmah memang berpatutan sangat. Bawa RM10 cukup untuk buat korang kenyang.

laman choco
view 3

Nak tengok video review dari pelanggan yang dah datang ke Cafe Laman Choco boleh tengok disini. Cafe ni memang sesuai sangat nak ajak family dan anak-anak datang sebab kawasan luas seronok untuk bermain. Kalau nak cari lagi tempat makan best dekat area Sekinchan dan Sungai Besar boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/makan/cafe-aesthetic-di-kampung-jom-singgah-hay-cafe-sekinchan-sambil-healing-dengan-coffee/

Menu Cafe Laman Choco

1. Laksa (RM5.00)

Laksa

Antara menu yang ramai orang order adalah laksa. Laksa dia pekat dan sedap bila makan panas-panas. Harga pun murah sangat RM5 je.

2. Croffle Chocolate Biscoff (RM5.00)

croffle choco biscoff

Menu bestseller di Cafe Laman Choco adalah Croffle Chocolate Biscoff. Mereka menggunakan coklat nutella dan juga biscoff crumbs.

3. Frappe Biscoff (RM7.00)

frappe biscoff

Siapa peminat biscoff boleh order frappe biscoff. Ada macam-macam frappe lagi yang korang boleh order harga dari RM6.00 ke RM8.00 sahaja.

Laman Choco dibuka pada setiap hari kecuali pada hari Isnin dan waktu beroperasi pada jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang. Jangan lupa datang bawa family sambil makan boleh ber-ootd dengan pemandangan sawah padi. Korang wajib cuba datang sini sebab memang berbaloi.

Location

📍Laman Choco
No.6, Jalan Parit 1, Kampung Sungai Haji Durani, 45300 Sungai Besar, Selangor

🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/psnXGLuJwwwxsMq29

📲 Instagram: https://www.instagram.com/laman.choco/?hl=en
📲 Facebook: https://www.facebook.com/chocojarcrispy?locale=ms_MY
📲 TikTok: https://www.tiktok.com/@lamanchoco?lang=en