Cafe Healing Yang Boleh Buat Korang Tenang Di RumaBukit di Kuang, Selangor

You are currently viewing Cafe Healing Yang Boleh Buat Korang Tenang Di RumaBukit di Kuang, Selangor

Korang yang nak rasa healing dan lari sekejap di dari dunia nyata? Meh sini min share satu restoran yang ada vibes untuk buat korang tenang saja. Paling best pokok-pokok hijau dekat cafe tu boleh buat hati korang tenang dan relaks. Nama cafe tersebut adalah RumaBukit di Kuang, Selangor. Tempat dia agak jauh dari bandar Kuala Lumpur jadi sesuai sangatlah korang yang dari bandar nak singgah ke cafe ni untuk healing.

rumabukit

Interior design cafe ni sangat menarik tau sebab mereka letakkan banyak pokok-pokok hijau sebagai hiasan. Vibes dia sangat seronok sesuai kalau korang nak buat meet up dengan clients sebab tempat ni selesa dan makanannya semua sedap. Kalau korang nak tahu makanan mereka ni taraf hotel tau dari segi rasa dan decoration memang tip top sangat !

Kalau tak percaya tengok video review ni memang best lebih-lebih lagi waktu malam memang sunyi dan rasa tenang je sambil minum coffee. Nak tahu lagi makanan apa yang best di Selangor, min suggest korang ke restoran cina muslim ni memang best makanan dekat sini.
https://purpledurian.my/makan/ada-restoran-yang-menarik-tersorok-di-karak-dan-dah-viral-restoran-mohammad-chow/

Menu RumaBukit

1. Chicken Mushroom Pasta (RM22.90)

chicken mushroom pasta

Chicken Mushroom Pasta adalah menu bestseller yang ada di RumaBukit. Setiap menu makanan yang mereka hidangkan sangat sedap dan lazat.

2. Chicken Chop (RM19.90)

chicken chop

Korang yang suka Chicken Chop boleg order menu sebab rasa sos blackpepper dia sedap. Ayam mereka sangat crunchy dan juicy.

3. Carbonara Pasta (RM20.90)

carbonara pasta

Ini favourite menu min Carbonara Pasta. Rasa creamy dan sos yang pekat tu memang boleh buat min order lagi.

Setiap menu yang mereka hidangkan sangat berkualiti dan plating mereka juga sangat cantik. Untuk mereka yang suka mengambil gambar makanan korang boleh datang sini sebab hiasan makanan mereka sangat kemas dan cantik. Makanan sedap begitu juga coffee dan teh yang mereka hidangkan juga sedap tau. RumaBukit buka setiap hari kecuali hari Rabu, bermula jam 6 petang hingga 11.30 malam. Jadi korang yang nak healing boleh datang sambil-sambil makan dan minum disini. Dijamin korang akan rasa tenang dan relaks saja.

Location

📍RumaBukit

RumaBukit, Batu 19, 48050 Kuang, Selangor

🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/tEtLEAmqaCmW1Nmv9

📱 Phone: 019-499 0298