Wahh, sedar tak sedar dah masuk hari ke-11 kita berpuasa tahun 2024 ni kan? So harini KA datang lagi dengan satu resepi menarik yang berasal daripada luar negara, iaitu Ayam Goreng ala Raising Cane’s.
Ayam goreng Raising Cane’s ni takde jual kat Malaysia tau. Franchise pun belum ada lagi kat Malaysia. Tapi resepi yang KA bagi ni dijamin sedap walaupun korang tak pernah rasa lagi ayam goreng dari Raising Cane’s ni. So jom kita semak resepinya kat bawah!
MENU: AYAM GORENG ALA RAISING CANE’S
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 15 minit
Jumlah hidangan: 1-2 orang
Bahan-bahan:
- 4 cawan tepung bestari (original)
- Dada ayam filet
- Roti hotdog
- Mentega
- 1/2 cawan kewpie mayo
- 1/4 cawan sos tomato
- 1 sudu kecil serbuk bawang putih
- Sos worcestershire
Cara-cara:
- 1. Mula-mula sekali, bancuh 2 cawan tepung bestari dengan air sehingga adunan sebati.
- 2. Kemudian di dalam mangkuk yang berlainan, ambil 2 cawan lagi tepung bestari dan renjiskan sedikit air untuk membentuk ketulan tepung (supaya ayam lebih rangup setelah digoreng).
- 3. Setelah itu, celup dada ayam yang telah difilet dalam tepung basah sebelum digaul pula dengan tepung kering.
- 4. Goreng ayam di dalam minyak yang panas.
- 5. Seterusnya, sapukan sedikit mentega pada roti hotdog dan bakar sehingga sedikit garing.
- 6. Untuk membuat sos pula, tuangkan 1/2 cawan kewpie mayo dan 1/4 cawan sos tomato ke dalam mangkuk. Tambahkan 1 sudu kecil serbuk bawang putih dan beberapa titis sos worcestershire.
- 7. Gaul rata dan kemudian siap untuk dihidang!
So macam mana korang? Mudah je kan nak buat? Macam ayam goreng biasa, tapi lebih rangup dan special kat sos dia. Lepasni bolehlah korang cuba sendiri kat rumah tau. Kalau nak lagi resepi menggunakan ayam, boleh jugak tengok posting resepi Ayam Masak Kicap Pedas KA yang kita siarkan haritu kat sini.
Selamat mencuba!
Video penuh dari Tiktok KA: Resepi Ayam Goreng ala Raising Cane’s