Asal-usul Nasi Ulam: Sama ke Dengan Nasi Kerabu?

You are currently viewing Asal-usul Nasi Ulam: Sama ke Dengan Nasi Kerabu?

Nasi ulam? Pernah tak korang tertanya-tanya macam mana rupa nasi ulam ni? Apa rasanya? Sedap ke? Sama ke dengan nasi kerabu? Haa meh sini min nak bagitahu korang dari mana sebenarnya asal-usul datangnya nasi ulam ke negara Malaysia kita ni.

Nasi ulam sebenarnya adalah hidangan nasi kukus yang dicampur dengan pelbagai herba, terutamanya daun pegaga atau sering digantikan dengan muruku, sayur-sayuran, rempah dan disertakan dengan pelbagai hidangan sampingan. Hidangan ini adalah ciri masakan Melayu dengan banyak variasi dan lazim dijumpai dalam Malaysia , selatan Thailand dan Indonesia. Nasi ulam di Malaysia terdiri daripada beras dimasak sejuk yang dicampur dengan herba cincang seperti daun kaduk, pucuk gajus, bawang dan lain-lain. Kerisik dan rempah lain juga ditambah. Kadang-kadang ikan goreng cincang juga akan dicampur masuk.

Terdapat sejenis nasi ulam yang lazim di timur laut Semenanjung Malaysia digelar nasi kerabu di mana beras diwarnakan biru (hasil dari bunga telang sebelum dimasak). Apa yang membezakan antara keduanya ini hanyalah dari segi ulam-ulaman yang digunakan.

Asal-usul Nasi Ulam

Terdapat berbagai anggapan terhadap asal-usul nasi ulam. Pertama, beberapa orang meyakini bahwa nasi ulam adalah hidangan yang tercipta dari pengaruh ahli kulinari dari Tionghoa. Kedua, nasi yang ditaburi dengan serunding dan kacang berasal dari pengaruh India. Ketiga, stu daging dan bergedil yang digunakan dalam hidangan nasi ulam sebagai pelengkap adalah pengaruh dari Belanda. 

nasi ulam betawi
Sumber: Google (Nasi Ulam Betawi)

Ulam dalam bahasa Betawi bermaksud serunding dari kelapa parut yang digaul bersama nasi putih. Serunding yang dicampur dengan nasi akan menciptakan rasa gurih dan sedikit pedas. Nasi ulam juga memiliki ciri khas, seperti masakan betawi lainnya. Masakan ini menggunakan ebi atau udang kering. 

Hidangan yang sesuai untuk sarapan ini dianggap sebagai nasi campur khas Betawi. Sesuai menjadi menu sarapan kerana memiliki isi yang padat dalam setiap hidangan. Ketika membuat nasi ulam, masyarakat asli Betawi biasanya menyediakan hidangan yang banyak untuk disimpan. Lalu, di kampung melayu dan sekitarnya, nasi ulam sering hadir dalam acara besar, seperti hajatan. 

Nasi Ulam di Indonesia

Di Indonesia, nasi ulam berasal dari kalangan suku Betawi (orang asli Jakarta) serta orang Melayu Sumatera dan Bali. Di Jakarta terdapat dua jenis nasi ulam, yang basah (pekat) nasi ulam utara dan tengah Jakarta. Satu lagi nasi ulam kering boleh didapati di selatan Jakarta. Di Indonesia, nasi ulam biasanya dihidangkan bersama rempah ratus, cili dan ditaburi dengan kacang butir, kerisik atau serunding. Pelbagai hidangan tambahan lain sering ditambah di atas nasi, seperti dendeng, telur dadar, bergedil, tauhu goreng atau tempe, dan keropok.

Kesimpulannya, nasi ulam bukanlah nasi kerabu. Akan tetapi ianya mempunyai banyak persamaan kecuali dari segi penggunaan ulam-ulaman dalam hidangan. Selain itu, nasi ulam juga mempunyai pelbagai teori asal-usul. Namun, apa yang paling penting adalah setiap ciri hidangan itu sendiri pun sudah dikira unik dan sangat bervariasi.

Kalau korang belum pernah cuba nasi ulam, bolehlah cuba untuk rasa atau buat sendiri. Min akan kongsikan resepinya dalam artikel seterusnya, okey? Jumpa lagi!

Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan

Leave a Reply