Apa yang Menarik di Pavilion Feast 2022 ni? | Bahagian 2

You are currently viewing Apa yang Menarik di Pavilion Feast 2022 ni? | Bahagian 2

Pernah tak korang teringin nak makan makanan yang terdapat kat restoran yang mewah? Mesti pernah kan. Makanan yang mereka sajikan pula memang menarik perhatian betul. Pada 23 Jun yang lepas, kami dah pergi ke Pavilion Feast ni tau. Kami disajikan dengan pelbagai makanan dari restoran yang terkenal yang terdapat di Pavilion Kuala Lumpur ni. 

Lepas dah minum boba kat Tealive Plus, kami singgah pula ke medan selera yang dinamakan Food Republic. Kat sini banyak tau pilihan tapi kami tertarik dengan satu kiosk yang pernah viral kat laman media sosial! Nak try lah jugak rasa kan. Kiosk ni dinamakan ‘Dubai’ kerana mereka menyajikan makanan dari Timur Tengah seperti shawarma, nasi mandy, dan manisan seperti kunafah, baklava dan macam-macam lagi!

Dubai @ Food Republic, Pavilion KL
Mandy Chicken
Shawarma

Dan.. the star of the show kita kat Dubai ni, semestinya Kunafah! Best tau cheese dalam kunafah ni memang banyak sampai boleh tarik tinggi-tinggi.

Kunafah
Mix Baklava

Makanan timur tengah sudah, rasa macam nak makan makanan Jepun lah pulak. Ada restoran makanan Jepun lah yang kita boleh try. Nama restoran tersebut adalah Yayoi!

Yayoi Japanese Teishoku Restaurant
California Roll
Chicken Karaage. Sedap sangat!
Beef Hitsumabushi

Memang rasa betul rasa authentic Japan tu tau kalau makan kat Yayoi ni.

Korang jangan lupa tau singgah Yayoi kalau pergi ke Pavilion! Next stop kami, kami pergi ke Serai! Ala, Serai yang famous dengan pavlova tu! Memang ternyata sedap betul pavlova dari Serai ni. Nasi Kerabu pun tak kurang sedapnya!

Serai @ Pavilion KL
Nasi Kerabu
Massaman Lamb Shank Curry
Pavlova

Makanan kat Serai ni memang menepati lah citarasa orang kita. Kalau korang tak tahu nak makan apa, korang boleh try Serai ni tau. Confirm tak menyesal. Sekarang dah tiba ke last stop kami. Untuk last stop, kami pergi merasai makanan yang terdapat di Two Sons Bistro yang terkenal dengan clams yang mussels yang disediakan mereka.

Two Sons Bistro
Mussels dan Clams yang disajikan dengan garlic bread atau mini mantao buns!
Kita akhiri dengan dessert dari Two Sons Bistro! Semua sedap 10/10!!

Dah habis dah perjalanan kami merasai semua makanan. Semua sedap dan pastinya kami akan ke sini sebelum event ni habis. Korang pun jangan lupa tau datang dan try sendiri semua kat Pavilion Feast 2022 ni!

Lokasi📍

Pavilion Kuala Lumpur

168, Bukit Bintang St, 

Bukit Bintang, 

55100 Kuala Lumpur, 

Federal Territory of Kuala Lumpur

🗓️ 24 June 2022-24 July 2022

Google Maps: Pavilion Kuala Lumpur

ℹ️: Pavilion Feast 2022