Dalam kita bersenang-lenang memesan order dari aplikasi GrabFood, FoodPanda, HonestBee dan aplikasi-aplikasi penghantaran makanan yang lain, rider-rider pun bersusah-payah bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk menghantar pesanan makanan pelanggan.
Ada yang terpaksa berhadapan dengan hujan yang lebat, ada juga terpaksa berhadapan dengan perjalanan yang jauh. Apatah lagi pada waktu yang sukar ini.
Semua ini demi untuk menjana pendapatan sendiri dan juga keluarga.
Namun, baru-baru ini McDonalds Malaysia telah menawarkan hidangan percuma buat abang-abang rider kita!
McDonalds Malaysia telah pun mengumumkan bahawa mereka akan memberikan hidangan set percuma kepada abang-abang rider di seluruh Malaysia!
McDonalds Malaysia telah menaikkan status di Facebook;
“Pada 12 Julai ini, Mekdi akan melayan 65,000 penunggang pertama untuk berhenti di mana-mana restoran kami dari jam 2 petang hingga 5 petang.”
Rider-rider tersebut akan menerima Quarter Pounder secara percuma!
McDonalds Malaysia menyatakan bahawa ini adalah tanda penghargaan mereka atas komitmen dan dedikasi abang-abang rider kita yang bertungkus-lumus untuk menghantar pesanan pelenggan tanpa henti.
Semua rider boleh meminta makanan percuma di McDonalds dengan hanya menunjukkan rider ID mereka.
Kempen ‘Lek Lu McD Belanja’ adalah terhad untuk first come firsts serve sahaja! Jadi kepada abang-abang rider kita, jangan lupa redeem cepat-cepat!
Jangan lupa, kita sebagai pelanggan pun boleh menunjukkan tanda penghargaan kepada abang-abang rider ini dengan pelbagai cara!
Ucapan “Terima kasih” bersamaan senyuman pun dah cukup.
Jom kita ramai-ramai tunjukkan tanda penghargaan kepada abang-abang rider kita yang bekerja keras setiap hari!