Zaman sudah maju… jadi, makin banyak resepi-resepi yang menarik diimplikasikan oleh generasi kini.
Ais krim goreng adalah resepi yang mudah dan boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja.
Ia juga boleh dijadikan sebagai ‘late night snack’ ataupun ‘supper’ oleh kerana resepinya yang begitu ringkas.
Terdapat hanya 2 bahan sahaja yang diperlukan untuk membuat ice cream goreng ini iaitu
- Ais krim pilihan (vanilla, chocolate, chocolate chip, strawberry, etc)

- Roti putih

Cara-cara:
- Ambil satu keping roti putih, kemudian ambil satu scoop ais krim pilihan, tidak terlalu banyak supaya tidak bocor ketika goreng nanti, letak di tengah-tengah roti.
- Ambil lagi satu keping roti dan letak di atas kepingan roti dan ais krim tersebut.
- Kemudian, ambil cawan atau sesuatu yang bulat untuk menghasilkan potongan bulat bagi ais krim goreng tersebut.
- Picit bahagian tepi roti tersebut untuk mengelakkan daripada bocor ketika digoreng.
- Simpan di freezer untuk 1-2 jam sebelum digoreng.
- Selepas 1-2 jam, keluar kan dan goreng di dalam minyak yang panas.
- Langkah optional, boleh tambah chocolate syrup.

Mudah sahaja resepi dan proses untuk buat ais krim goreng ini!
Jom lihat video ringkas proses membuat ais krim goreng di Facebook Purple Durian!