Ah Mat Kafe: Mee Kari Kuah Laksa? Biar Betul?!

You are currently viewing Ah Mat Kafe: Mee Kari Kuah Laksa? Biar Betul?!

Hi korang, harini min nak share satu port makan tersembunyi yang terletak di Ipoh, Perak. Nak tahu dengan lebih lanjut? Pastikan korang baca sampai habis ok?

Ingin mencari tempat sarapan menarik? Tekan di sini.

Ah Mat Kafe merupakan sebuah kafe yang diusahakan oleh anak kepada seorang direktor filem terkemuka di Malaysia iaitu arwah Mamat Khalid di Ipoh, Perak. Kafe ini menyajikan pelbagai menu sarapan menarik dan unik yang pasti dapat memikat selera para pelanggan. Tak percaya? Korang boleh baca review ini.

Ah Mat Kafe
Ah Mat Kafe (Instagram @ap)

Interior design di kafe ini seakan-akan klasik dan terdapat juga poster-poster hasil karya arwah Mat Khalid yang diletakkan di dinding kafe. Jika korang memasuki kafe ini, korang akan mendengar alunan muzik dan lagu klasik dimainkan yang pasti dapat mengimbau kenangan.

Menu

Mee Kari Kuah Laksa

Ah Mat Kafe
Mee Kari Kuah Laksa (Instagram @ap)

Korang mesti pernah dengar nama mee kari kuah laksa kan? Iya, segala yang korang bayangkan telah menjadi realiti. Korang boleh dapatkan mee kari kuah laksa di Ah Mat Kafe. Min memang recommend dekat korang untuk cuba menu ni sebab rasa dan kuah dia tu sedap sangat!

Lempeng Nyior Sambal Tumis

Ah Mat Kafe
Lempeng Nyior (Instagram @ap)

Antara menu favourite min yang wajib min order dekat sini adalah lempeng nyior sambal tumis. Lempeng nyior tu bila dimakan bersama sambal tumis tu fuhhh, sedap wei. Tak percaya? Korang kena cuba sendiri.

Ah Mat Kafe juga memiliki pelbagai menu hidangan menarik yang lain untuk dicuba.

Ah Mat Kafe
Menu Ah Mat Kafe (Instagram @ap)

Ha, jadi macam mana? Menarikkan? Tunggu apa lagi, mohler kome cuba di Ah Mat Kafe.

Ingin mencari port makan menarik di Ipoh? Tekan di sini.

Lokasi

📍20, Jalan Che Tak, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak

🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/S1SaELgfZsHkbaeu7 

Waktu Operasi: Rabu hingga Isnin: 9.00am – 7.00pm

: Selasa (CUTI)

📲Phone: 012-519 9130

📲Instagram: https://www.instagram.com/ahmatkafeipoh/

Article curated by “Areisya Putri”