Ada Restoran Yang Menarik Tersorok Di Karak Dan Dah Viral ! – Restoran Mohammad Chow

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing Ada Restoran Yang Menarik Tersorok Di Karak Dan Dah Viral ! – Restoran Mohammad Chow

Haa korang tahu tak ada restoran best dekat area Gombak. Restoran ni agak tersorok sedikit tapi sebenarnya ramai dah yang pergi dekat sini. Restoran ni pun selalu sangat penuh dengan orang. Restoran ini adalah Restoran Mohammad Chow dimana restoran ini adalah restoran cina muslim. Mereka juga memiliki 2 cawangan satu berada di Gombak dan satu lagi berada di Damansara Perdana.

Kalau korang nak rasa vibes makan dalam hutan sambil tengok pemandangan yang cantik boleh makan di Lingkaran Karak, Gombak. Dekat sini kawasan dia luas dan meja pun banyak. Korang kalau nak datang boleh booking atau walk in je terus. Tapi kalau korang booking staff mereka akan reserved meja di bahagian dalam restoran manakala walk in akan berada di luar tapi bergantung kepada situasi.

vibes

Restoran Mohammad Chow ni kebanyakkannya semua chinese food tau jadi korang yang minat sangat dengan chinese food boleh datang dan makan dekat sini. Apa yang penting semuanya halal. Korang boleh tengok video review dari netizen yang dah datang makan di Restoran Mohammad Chow ni. Semuanya berpuas hati tau. Harga pun sangat berpatutan dengan kuantiti makanan yang korang dapat. Nak lagi restoran yang menyajikan chinese food? Haa baca artikel ni.
https://purpledurian.my/food-review/jom-makan-sajian-cina-ala-kantonis-muslim-di-restoran-mohd-chan/

Menu Restoran Mohammad Chow

1. Set Gumbira (RM199)

set gumbira

Haa ini antara menu yang paling popular dekat Restoran Mohammad Chow ni. Sebab apa tau Set Gumbira ni ada 7 jenis makanan yang bestseller dekat restoran ni. Jadi mereka jadikan satu set makanan yang korang boleh rasa semuanya dengan harga RM199 sahaja. Korang boleh makan dalam 5-6 orang tau sangat berbaloi.

2. Chicken Kung Pao With Rice (RM23.90)

chicken kung pao

Haa chicken kung pao ni antara menu yang selalu ada dekat restoran chinese tau. Tapi kali ni chicken kung pao version chinese muslim. Rasa dia lebih kurang sama tau macam dekat restoran chinese memang authentic.

3. Chicken Lemon (RM25.90)

lemon chicken

Chicken Lemon juga antara menu yang popular juga di mana-mana restoran cina. Rasa ayam yang crispy diluar dan juicy di dalam memang sedap. Makan pula dengan sos lemon tu huish terliur min dibuatnya.

Haa min dah share hidden gems di Lingkaran Karak, Gombak. Cuba lah korang datang singgah di Restoran Mohammad Chow ni. Min yakin korang tak akan menyesal punya. Kalau korang nak tahu Restoran Mohammad Chow ni terletak diatas bukit jadi waktu siang memang cantik sangat tempat ni. Kalau waktu malam pula memang dapat tengok view KLCC dari kawasan restoran. Best kan! Haa jangan lupa singgah Restoran Mohammad Chow dibuka setiap hari kecuali hari Khamis dan waktu beroperasi bermula jam 12 tengah hari hingga 11 malam. Kalau jauh boleh cuba makan di Damansara Perdana juga.

Location
📍 Restoran Mohammad Chow Gombak

Lot 4584, Belakang Petronas Lingkaran Karak, Jln Lingkaran Tengah 2, Gombak, 68100, Selangor

🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/oaknkbbHJrjd33sB8

📲Facebook: https://www.facebook.com/mohammadchowdotcom/?locale=ms_MY
📲Instagram: https://www.instagram.com/mohammadchow/?hl=en
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@mohammadchow?lang=en