Kalau diikutkan… di dunia ni terdapat banyak makanan-makanan yang menarik dan pelik yang kita boleh jumpa.
Baru-baru ini Itali telah memenangi UEFA 2020, jadi jom kita tengok makanan-makanan pelik yang terdapat di negara Itali!
Ramai yang sudah pun tahu di negara Itali, mereka terkenal dengan pasta, keju, pizza, lasagna, daging yang diawetkan.
Namun, Itali juga mempunyai makanan-makanan mereka tersendiri yang amat pelik!
1. Keju Ulat Belatung
Apa?! Ulat belatung dengan keju?!
Sebenarnya, penguraian belatung inilah menyebabkan keju Sardinian Sheep’s Milk menghasilkan keju yang lembut dan pedas.
Terdapat tempoh di mana E.U. Suruhanjaya Makanan dan Keselamatan melarang pengeluaran keju ini.
Kemudian, berlakunya bertubuhan pasaran gelap untuk barang-barang itu, yang berharga dua kali ganda daripada harga pecorino yang tidak reput, tanpa belatung.
Sekarang larangan itu pun telah dihentikan, tetapi keju tersebut masih dipegang dalam hal budaya.
Korang sanggup ke bayar lebih untuk keju yang ada ulat belatung?
2. Tikus Berisi Mince
Macam tak percaya kan? Tapi betul, mereka masih dimakan.
Kini, tikus adalah spesies yang dilindungi, namun pada zaman Rom kuno, mereka dipenuhi dengan daging cincang, kacang, herba dan rempah.
Macam sedap kan?
Nampaknya, makanan istimewa kuno ini masih dimakan di sebuah kampung kecil yang terletak di wilayah Itali Selatan, Calabria.
3. Pani ca Meusa (Sandwich Limpa Sisilia)
Sandwich ini merupakan lambang makanan jalanan Mediterranean!
Bukan panini daging burger atau burger biasa tau, ini adalah limpa sapi yang disajikan dengan caciocavallo (keju curd yang diregangkan) atau ricotta, dengan jus lemon di antara roti Sisilia.
Wow, ada yang nak cuba?
4. Kek Darah Khinzir
Atau dalam Bahasa Inggeris Pork Blood Cake… elok sikit bila baca.
Sebuah pie yang manis diperbuat daripada darah khinzir?
Jika chef-chef di Itali ada bakat untuk buat darah khinzir rasa seperti coklat dan kek, tak salah untuk diteruskan, betul tak?
Untuk yang bukan Islam, korang nak cuba? Jangan risau, ada kemungkinan tinggi rasanya macam kek coklat biasa!
5. Songbirds
Burung kecil ini bukan hanya yang nyanyi untuk kita pada waktu pagi, tetapi ia juga merupakan burung yang disumbat dengan pelbagai potongan daging termasuklah daging babi, daging lembu, arnab, dan juga burung kecil.
Kemudian, mereka akan direbus pada batang lidi dan dihidangkan secara tradisional dengan polenta.
Inilah 5 makan pelik yang boleh dijumpai di negara Itali.
Apa makanan pelik yang korang pernah makan?
Komen di ruangan bawah!