30 Hari 30 Resepi Khairul Aming: Kek Coklat Kukus

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:8 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi Khairul Aming: Kek Coklat Kukus

Disebabkan raya pun dah nak dekat tinggal beberapa hari je lagi kan. Mulalah Khairul Aming bagi idea best untuk masak masa open house raya nanti. Hari tu min dah share mengenai menu open house yang korang boleh buat kali ni min nak share resepi dessert pula. Khairul Aming telah kongsikan resepi kek coklat kukus yang moist dan padat untuk korang semua cuba.

kek coklat kukus 2

Resepi Kek Coklat Kukus dengan coklat ganache yang sedap dan moist. Korang wajib try !

Bahan-bahan (Kek Coklat Kukus):

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko (Serbuk koko berkualiti –> https://shope.ee/4KnMhF2MTo)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil bicarbonate soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula
  • 4 sudu marjerin Adela (Boleh beli disini –> https://shope.ee/5AMThq3OZU)
  • 1 biji telur
  • 1 penutup esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil serbuk kopi instant
  • 1 cawan susu cair
  • Loyang/bekas kecil (Nak murah bekas cari dekat sini –> https://shope.ee/10Wuk6ybFB)

Cara-cara:

masuk tepung gandum

1. Mula-mula sediakan mangkuk dan tuangkan 1 1/2 cawan tepung gandum, 1/2 cawan serbuk koko, 1/2 sudu kecil baking powder, 1/2 sudu kecil bicarbonate soda, 1/2 sudu kecil garam, dan 1 cawan gula.

cairkan marjerin

2. Lepas itu, cairkan 4 sudu marjerin Adela dalam periuk.

tuang marjerin

3. Kemudian, tuangkan marjerin ke dalam mangkuk yang ada bahan-bahan tepung tadi.

masuk telur esen vanilla

4. Masukkan juga 1 biji telur, 1 penutup esen vanilla, 1/2 sudu kecil serbuk kopi instant, dan gaulkan sampai betul-betul sebati.

dah siap gaul

5. Bila dah sebati dia akan nampak macam ni.

tuangkan batter kek

6. Boleh lah korang masukkan dalam loyang atau bekas kecil macam dalam gambar. Bagi min lagi senang bekas kecil sebab mudah nak bagi orang dan kita pun senang nak makan. Bila dah isikan pastikan korang ketuk sikit nak bagi bubble keluar kat dalam.

kukus

7. Panaskan pengukus dan masukkan bekas-bekas kecil tadi ke dalam pengukus dan tutup kek kita tu dengan aluminium foil untuk elak air kukusan tu masuk dalam kek.

kek coklat kukus siap

9. Kita kukus selama 30 minit dan siaplah kita punya kek coklat kukus.

Bahan-bahan (Coklat Ganache):

  • 200g semi sweet coklat
  • 1 sudu marjerin Adella
  • Garam
  • Serbuk kopi
  • 1 cawan susu cair

Cara-cara:

masukkan coklat

1. Kita akan buat kaedah double boiling dimana kita sediakan satu mangkuk dan masukkan 200g semi sweet coklat.

coklat garam butter

2. Masukkan sekali 1 sudu marjerin Adella, sedikit garam dan sedikit serbuk kopi.

masukkan susu cair

3. Tuangkan juga 1 cawan susu cair dan kacaukan hingga sebati.

ganache siap

4. Bila dah sebati rupanya akan jadi macam ini.

tuang coklat

5. Dah siap coklat ganache boleh dituang ke dalam kek coklat kukus kita.

Dah siap kita punya dessert Kek Coklat Kukus untuk raya dan open house. Senangkan tak sampai sejam pun nak siapkan menu dessert ni. Min suka kalau makan kek coklat kukus ni masa sejuk-sejuk memang sedap dan rasa moist dia tu memang terbaik weh. Peminat kek coklat wajib buat ni kalau tak nanti korang menyesal tau. Apapun kalau korang nak tengok video resepi kek coklat kukus dari Khairul Aming boleh klik sini. Selamat memasak semua !

Leave a Reply