Alamak lagi setengah jam je untuk sahur!
Tak apa, jangan risau. Kalini kita ada sediakan satu resepi mudah untuk dimasak waktu sahur. Campak-campak je 15 minit siap! Jom semak resepi Nasi Goreng Tomyum dari Khairul Aming ni.
MENU: NASI GORENG TOMYUM
Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 5 minit
Jumlah hidangan: 1 orang
Bahan-bahan:
- 1/2 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai (dihiris)
- Cili kisar
- Pes tomyum
- Daun limau purut
- 2 biji cili padi merah
- Seafood
- Telur
- Sos tiram
- Sos ikan
- Sayur sawi
Cara-cara:
- 1. Tumiskan 1/2 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 1 batang serai yang sudah dihiris ke dalam kuali berisi minyak panas.
- 2. Kemudian, masukkan 1 sudu besar cili kisar. Tumiskan sehingga naik bau.
- 3. Seterusnya, masukkan pula 1 sudu besar pes tomyum, 3 helai daun limau purut dan 2 biji cili padi merah yang sudah dipotong. Sambung menumis sehingga sedikit garing.
- 4. Kemudian, masukkan seafood (KA gunakan udang dan sotong), dan gaulkan sehingga seafood sedikit masak.
- 5. Pecahkan satu biji telur dan kacau sedikit telur sebelum digaul bersama bahan-bahan lain di dalam kuali tadi.
- 6. Masukkan satu mangkuk nasi putih sejuk ke dalam kuali. Gaul sehingga rata.
- Akhir sekali, tuangkan sedikit sos tiram, sos ikan dan sayur sawi ke dalam kuali. Gaul lagi sehingga semuanya rata sehingga sayur sedikit layu dan voila! Dah siap pun Nasi Goreng Tomyum versi KA.
Mudah je kan? Kalau korang nak ubah-ubah sikit resepi ni ikut cita rasa sendiri pun boleh. Selamat mencuba semua!
Video penuh dari Tiktok KA: Nasi Goreng Tomyum