30 Hari 30 Resepi by Khairul Aming: Egg Drop Soup

You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi by Khairul Aming: Egg Drop Soup

Hai, semua! So harini kita nak kongsikan resepi Egg Drop Soup dari KA macam biasa. Resepi ni sangatlah sedap dimakan panas-panas. Korang boleh buat sebagai menu berbuka puasa atau menu semasa sahur. Tinggi protein dan juga vitamin yang diperlukan oleh badan kita sepanjang hari kita berpuasa. Jom semak resepinya kat bawah.

MENU: EGG DROP SOUP

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 1-2 orang

Bahan-bahan:

  • Tofu telur
  • Tepung jagung
  • 3 ulas bawang putih(dicincang)
  • 1/2 bawang merah (dihiris)
  • 4 cawan air
  • 2 kiub pati ayam
  • 1/2 lobak merah (dipotong dadu)
  • 4 biji telur
  • Crab stick
  • Cendawan
  • Gula secukup rasa
  • Minyak bijan
  • Hirisan daun bawang
  • Serbuk lada putih

Cara-cara:

  • 1. Mula-mula sekali, potong tofu telur kepada beberapa bahagian. Kemudian, salutkan dengan tepung jagung dan goreng dalam minyak yang sudah panas. Tujuan KA menggunakan tepung jagung adalah untuk mengelakkan tofu daripada melekat.
  • 2. Seterusnya, tumiskan bawang putih dan bawang merah. Sekejap sahaja jangan lama. Kemudian, masukkan 4 cawan air, kiub pati ayam dan lobak merah.
masukkan air bancuhan tepung jagung
  • 3. Apabila lobak merah dah lembut, bancuh 3 sudu besar tepung jagung dan tuangkan ke dalam periuk. Tujuannya adalah untuk pekatkan kuah sup.
  • 4. Kemudian, pecahkan 4 biji telur dan kacau. Tuangkan juga ke dalam kuah dan tunggu beberapa saat sehingga telur berketul sedikit sebelum digaul.
masukkan semua bahan akhir
  • 5. Seterusnya, masukkan crab stick, cendawan, gula secukup rasa, 1 sudu minyak bijan, hirisan daun bawang, serbuk lada putih dan tofu yang telah digoreng tadi.
  • 6. Kacau rata dan akhirnya siap untuk dihidang!

Sebelum ni kita ada kongsikan resepi Crab Rangoon. Boleh tengok resepinya kat sini tau! Sesuai sebagai kudapan waktu malam. Kalini korang boleh cuba kudapan berkuah macam Egg Drop Soup ni pula. Selamat mencuba!

Video penuh dari Tiktok KA: Resepi Egg Drop Soup

Leave a Reply