30 Hari 30 Resepi by Khairul Aming: Crab Rangoon

You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi by Khairul Aming: Crab Rangoon

Hai, semua! Korang dah tengok belum video resepi Gulai Ikan Kelantan yang KA buat haritu? Kalau belum tengok video dia, mungkin korang boleh semak resepinya dalam artikel kita kat sini.

So harini min nak kongsikan resepi Crab Rangoon dari KA. Menu ni sebenarnya dah viral dari tahun lepas, cuma KA je yang baru sempat nak kongsikan kat korang melalui akaun Tiktok beliau tahun ni. Cara nak buat dia senang je. Jom semak bahan-bahan dan cara buat Crab Rangoon ni.

MENU: CRAB RANGOON

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 1 orang

Bahan-bahan:

  • 250g cream cheese
  • Crab stick (dipotong)
  • Kewpie mayo
  • Sos worcestershire (optional)
  • 2 sudu kecil minyak bijan
  • Serbuk bawang putih
  • Daun bawang (dihiris)
  • Serbuk lada hitam
  • Perasa dan garam secukupnya
  • Kulit wantan

Cara-cara:

satukan semua bahan inti
  • 1. Mula-mula sekali, masukkan kesemua bahan di atas (kecuali kulit wantan) ke dalam mangkuk. Gaulkan semua sehingga sebati.
masukkan inti
  • 2. Kemudian, ambil kulit wantan dan letakkan bahan-bahan tadi sebagai inti.
  • 3. Seterusnya, sapukan sedikit air atau bancuhan tepung ke sekeliling kulit wantan dan lipat ikut bentuk dan cita rasa sendiri. Pastikan setiap hujungnya melekat supaya bila digoreng intinya tidak terkeluar.
  • 4. Ulang langkah di atas mengikut berapa banyak kuantiti yang korang nak. Kemudian, goreng semua Crab Rangoon di dalam minyak yang sudah panas. Angkat dan toskan apabila warnanya sudah bertukar keperangan.
  • 5. Akhir sekali, tinggal cicah bersama sos cili thai dan rasanya sangat memuaskan.

Sejujurnya, min sendiri dah pernah cuba buat resepi ni. Tersangatlah senang, sedap dan rangup! Buat kudap-kudapan waktu siapkan assignment atau kerja malam-malam pun best! Selamat mencuba resepi yang mudah ni!

Video penuh dari Tiktok KA: Resepi Crab Rangoon

Leave a Reply