Orang melayu semestinya akan cari juga nasi tambah lagi makan dengan lauk favourite kampung korang gitu. Warong Warisan Asli terletak di Klang sangat terkenal dengan masakan ala kampung yang pelbagai jenis tambah lagi dengan kudap kudapan melayu yang unik. Datang je sini kalau rindu dengan masakan mak korang di kampung kerana mereka menjual juadah kampung yang sangat padu dan menarik.
Selain itu juga, Warong Warisan Asli juga terkenal dengan masakan ala thai mereka yang amat sedap dan rasa asli Thailand ha. Bak kata orang macam macam ada disini. Restoran ini dibuka setiap hari bermula 12:30 tengahari sehingga 1 pagi kecuali pada hari jumaat dimana restoran dibuka pada jam 3:30 petang.
Warong Warisan Asli menampilkan tema klasik untuk hiasan restoran dimana dekorasi tempat dan dinding dihiasi filem-filem karya seniman agung Tan Sri P.Ramlee. Banyak betul poster-poster filem Tan Sri P.Ramlee yang terpampang di dinding. Sememangnya mengamit memori ketika menonton filem filem seniman.
Namun yang min tertarik adalah sampan dalam restoran lagi yang menempatkan bekas bubur yang disajikan dan jika ditanya mengenai keselesaan pastinya akan menjawab dengan ikhlas hati cukup selesa. Parking pun sangat senang disini so korang takyah pening pening nak cari parking dah.
Restoran ini menyediakan makanan tradisi Melayu Asli seperti masak lemak cili api, asam pedas, kerabu, pengat, lempeng, cucur, juga ada menyediakan menu Western, Thailand dan pelbagai pilihan makanan lain yang sedap sangat.
Untuk Ramadhan kalini, Warong Warisan Asli mempromosikan buffet Ramadhan ala kampung dan Thai serendah RM45 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak, warga emas atau OKU hanyalah RM30 sahaja. Sangat murah dan berbaloi kerana terdapat banyak sajian didalam buffet ini seperti asam pedas tenggiri, tom yum cendawan, kuih muih tradisional dan sebagainya.
MENU
1. Set 3 Ala Kampung
Dalam set ini, korang akan dapat udang celup tepung, kerabu sotong, kailan masak belacan. Dengar pun dah kecur air liur min dengan set ini kerana udang besar dan rangup sangat. Kerabu sotong pula cukup rasa dan kailan belacan sangat menyengat ha. Recommend sangat set ini untuk korang try!
2. Ayam Kampung Masak Lemak
Peminat ayam kampung confirm suka sajian ini tambah lagi dengan masak lemak yang rasa macam nogori itu. Masak lemak pedas tapi sedap sangat serta ayam kampung memang lembut je. Confirm tambah nasi korang kalu makan menu ini hehe.
3. Set Ikan Siakap
Dalam set ini, korang dapat rasa kesemua masakan ikan siakap seperti ikan siakap 3 rasa, pedas ha masak steam limau pun ada okay. Cuma untuk set ini ikan siakap hanya dimasak separuh bahagian so berbaloi sangat untuk 4 masakan itu. Kiranya 1 ikan besar siakap dipotong dua dan dimasak dua jenis menu berbeza ha. Jadi korang boleh rasa setiap masakan ikan siakap dan tak pening dah nak pilih masakan apa untuk ikan siakap kerana boleh makan semua.
Masakan restoran ini sangat sedap dan kaw kaw tambah lagi ikan memang fresh ye! So lagi sedap rasa masakan ikan siakap mereka! Oh min lupa lak dalam set ini pun ada ikan siakap masak asam pedas. Wow ini memang rare betul, confirm korang tak jumpa masakan ini di restoran lain okay. Love sangat!!!
4. Pengat Jagung
Bubur jagung Warong Warisan Asli sangat pekat dan jagung pun banyak dalam sajian ini. Memang ngam habis rasa lemak pengat jagung disini.
5. Kopi O’ Teko
Minuman ini sememangnya antara menu signature korang kena try di Warong Warisan Asli. Ini kerana rasa kopi o’ sangat berlemak manis dan rasa pahit manis gitu. Kaw kaw habis rasa kopi! Ini memang fav minuman pengunjung tetap disini. Tambah lagi teko yang comel molek je memang klasik habis hahaha.
5. Buffet Ramadhan Ala Kampung dan Thai
Sempena bulan puasa ini, Warong Warisan Asli menyediakan menu juadah berbuka puasa untuk korang dengan buffet masakan tradisional dan thai. Antara sajian yang menarik dalam set ini ialah asam pedas tenggiri, ayam masak lemak cili api, sotong sambal petai, tom yum cendawan dan ayam goreng berempah.
Untuk dessert pulak antaranya ialah pengat jagung, pulut hitam, kuih talam, lempeng dan sebagainya. Bagi min buffet ini korang wajib try datang iftar bersama keluarga tercinta menikmati hidangan kesemua ini dengan harga yang sangat murah.
Overall, min sangat recommend korang singgah ke Warong Warisan Asli untuk makan masakan tradisional melayu yang sangat sedap dan harga yang berpatutan. Kebanyakkan review sememangnya berpuas hati dengan restoran ini kerana masakan yang asli serta servis yang cepat untuk korang. Dari hidangan utama ke pencuci mulut sangat mengekalkan keaslian tradisional serta lazat amat. Apa lagi korang cepat cepat serbu ke Warong Warisan Asli di Klang.
Korang yang jauh dari Klang dan nak merasa masakan ala kampung juga seperti Warong Warisan Asli, korang boleh singgah di Luboook Makan King di Dengkil, antara kedai yang viral juga untuk masakan ala kampung mereka. Boleh baca review min disini https://purpledurian.my/food-review/makan-lauk-pauk-kampung-sambil-menikmati-suasana-kampung-di-luboook-makan-king-viral/
LOCATION
📍Warong Warisan Asli
No 2 Jln Bayu Tinggi 2A/KS6 41200 Klang, Selangor, Malaysia
🗺️Google Maps : https://goo.gl/maps/k5zySFexRHLwUCgaA
☎️Phone : 03-3318 3490
📱Email : warongwarisan@yahoo.com
📱Facebook : https://web.facebook.com/warongwarisanasli/?locale=ms_MY&_rdc=1&_rdr
📱Instagram : https://www.instagram.com/warongwarisanasli05/?hl=en