Thong Bowl : Thai Boat Noodle Premium Pertama di Kuala Lumpur!

You are currently viewing Thong Bowl : Thai Boat Noodle Premium Pertama di Kuala Lumpur!

Nak makan sedap ala Thai kat Malaysia? Meh sini min bagitahu, Thong Bowl jadi tempat yang wajib korang pergi! Thong Bowl ni terletak di Sri Petaling dan “viral” untuk makanan signature diorang “The Super Australian Beef Bowl Noodle” yang dihidangkan dalam mangkuk GERGASI! Bukan itu sahaja, di sini ada Wagyu Thai Boat Noodle iaitu boat noodle premium pertama di Kuala Lumpur.

Thong Bowl Restaurant
Thong Bowl (theyumlist.net)

Bila masuk Thong Bowl, terus rasa macam wow uolls! Dekorasi dalamannya sangat menarik dan suasana dia pun best gila. Cantik untuk korang ambil gambar dan berangan jadi T20 tau! Btw, kalau korang dekat Sabah teringin nak makan boat noodle, boleh klik sini.

Interior Thong Bowl
Interior Restoran (Facebook Thong Bowl)

Thong Bowl menyediakan hidangan makanan thai dengan pelbagai pilihan seperti The Super Australian Beef Bowl Noodle, Salted egg fried coconut dan hidangan signaturenya iaitu Japanese A5 Miyazaki Wagyu dengan semburan emas premium 24k. Harga makan dekat sini tidak terlalu mahal, dan berbagai pilihan makanan dan menu mengikut bajet korang tau!

MENU

The Super Australian Beef Bowl Noodle

Hidangan yang menjadi tarikan di Thong Bowl ialah “The Super Australian Beef Bowl Noodle” yang dihidangkan dalam mangkuk bersaiz gergasi, sesuai dimakan untuk 3 hingga ke 4 orang. Korang boleh pilih tahap kepedasan 1 hingga 3 dan korang juga boleh pilih jenis mi kegemaan korang samada thai flat noodle, glass noodle ataupun vermicelli. Boat noodle dalam mangkuk gergasi ni hanya Rm99.00! Yang ni memang best seller dekat kedai ni and sangat recommended!

The Super Australian Beef Bowl Noodle
The Super Australian Beef Bowl Noodle (Facebook Thong Bowl)

Salted Egg Fried Coconut

Yang ni pun jangan lupa untuk cuba, Salted Egg Fried Coconut.” Gabungan unik kelapa goreng rangup yang disaluti telur masin, memang mengancam! Hidangan unik ini mempunyai tekstur yang rangup dan memang popular di kalangan pelanggan tetap Thong Bowl. Sangat sesuai untuk menjadi hidangan sampingan korang kalau datang sini!

Salted Egg Fried Coconut
Salted Egg Fried Coconut (Instagram Thong Bowl)

Thong Bowl Malaysia menawarkan pengalaman makan yang takkan dilupakan. Menu dia memenuhi selera penggemar makanan Thai tradisional. Kalau korang suka makanan Thai yang betul-betul authentic, Thong Bowl Malaysia memang wajib dalam list restoran yang korang perlu cuba! Korang tengok la nitezen review Thong Bowl ni, bukan pikat hati min je, nitezen pun memang jatuh hati dengan Thong Bowl ni. Kalau nak tengok video review netizen boleh klik sini.

Psst, min nak bagitahu satu rahsia ni, kalau u guys suka book cafe ala-ala korea tu boleh try cafe ni.

Customer Review (Google Review)

📍 Location

Thong Bowl

9-G, Jalan Radin Bagus, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🗺️ Google Map: https://goo.gl/maps/abmtMtwYFjeq5xdi9
Buka: Setiap hari (11.30 pagi – 10.30 malam)

📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Thong-Bowl-100087454162083/
📲Instagram: https://www.instagram.com/thongbowl/?hl=en
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@thongbowl
📲Telefon: 03-9054 2236