The Syrup VS Soda – Western food dengan harga berpatutan

You are currently viewing The Syrup VS Soda – Western food dengan harga berpatutan

Korang mengidam makanan Western tapi nak portion yang banyak? Meh min tunjukkan satu restoran di Kuala Terengganu yang terkenal bagi masakan Western yang sangat sedap tapi dengan harga berbaloi. Syrup VS Soda terletak di Jalan Batas Baru betul-betul di tengah bandar Kuala Terengganu. Jangan risau korang restoran dijamin halal dan milik bumiputera ye. Rasa-rasa dah tak tahu nak makan apa, nak makan nasi goreng, western pasta, spaghetti, lamb grill? Ini antara restoran pilihan terbaik utk seisi keluarga korang!

Restoran ini juga menawarkan masakan panas kalau korang tak rasa nak makan western ha. Min ada dengar yang pemilik kedai ni adalah adik beradik chef. So standard makanan kat sini memang chef punya level lah, bukan standard kampung okay!

Syrup VS Soda
Syrup VS Soda
Pelbagai pilihan makanan
Pelbagai pilihan makanan di Syrup VS Soda

Bagi min decoration restoran sangat cantik dan selesa untuk santai santai dengan kawan, family atau partner korang ha. Susunan meja dan kerusi yang sangat teratur dan sangat banyak, jadi korang tak perlu beratur panjang semua. Datang, duduk, order dan tunggu makanan sampai hahaha. Korang datang jangan lupa bergambar di dinding lukisan moral sebesar alam yang begitu kreatif bagi menampakkan imej moden Syrup Vs Soda. Parking pun senang kat sini sebab restoran dibuka pada waktu malam jadi jalan tidaklah sesak sangat dan banyak parking kosong.

Customer di Syrup VS Soda
Customer di Syrup VS Soda

Nakkan masakan Western yang awesome? Restoran happening ini menyediakan pelbagai hidangan menarik seperti Crispy Chicken Burger,Lamb Chop, Salmon Steak dan sebagainya. Antara hot selling menu ialah Nasi Goreng Kambing, Chicken Parmigiana Pasta, SmashBurger, Pasta. Makang ni confirm korang kenyang sampai esok sebab potion yang besar dan satu pinggan boleh share dua orang ye!

Restoran ini juga menawarkan kepelbagain minuman untuk korang try dan saiz minuman pun besar ye seperti Ice Blended P.Ramlee, Teh Dangdut Goyang Panas, Soloma ice. Klasik betul nama minuman kat sini ye hahaha. Kek pun ada dijual disini kalau korang nak makan as dessert or korang boleh order untuk sambut birthday kawan, family atau partner ha sambil menikmati makanan western disini. Jadi tunggu apa lagi kalau korang lapar sangat sila singgah ke sini ye!

Menu Syrup VS Soda
Menu Syrup VS Soda

MENU

1. Nasi Goreng Kambing (RM30)

First time min dengar ye nama menu ni dan macam sedap je hehe. Daging kambing yang diperap secukup rasa dan bahagian isi yang sangat besar dihidangkan bersama nasi goreng biasa. Banyak ayam, tak kedekut, dan terpaling penting adalah nasi tak berminyak!

Nasi Goreng Kambing
Nasi Goreng Kambing

2. Star Wars Ribeye Steak with Black Sauce (RM28.00)

Portion yang sangat besar. Confirm korang jenuh nak makan hahahaha. Sides sedap terutamanya Salad. Black pepper sauce dia cukup masin dan pedas. Wow sangat sedap!!!

Star Wars ribeye Steak with Black Sauce
Star Wars ribeye Steak with Black Sauce

3. Popcorn Caramel Latte (RM15)

Min tengok gambar pun dah terliur apatah lagi kalau dah minum kan. Caramel latte yang sangat berlemak dan manis betul ye. Dihidangkan bersama popcorn yang penuh gitu wow memang puas betul minum. Memang pelik ye minuman kat sini tapi sedap dooh!

Popcorn Caramel Latte
Popcorn Caramel Latte

Overall min tengok restoran Syrup vs Soda sangat recommended di google review ye. Confirm korang rambang mata dengan kepelbagaian pilihan menu tak kira makanan dan minuman. Harga yang sangat berbaloi dengan potion makanan yang tak kedekut langsung. Memang kenyang sangat! Betul lah orang cakap, resepi kejayaan sesebuah tempat makan adalah depa tak kedekut sebab kedai ini memang selalu full house ye korang. Suasana restoran pun sangat selesa dan layanan staff yang baik. Jadi korang memang kena singgah ke restoran Syrup vs Soda kalau korang di Kuala Terengganu!

Btw jangan lupa untuk tengok atau singgah sekali ke Pot Lepak kalau korang mengidam masakan Western yang best best di Sungai Petani, Kedah. Boleh baca review min di sini ya
https://purpledurian.my/makan/viral/pot-lepak-port-lepak-dengan-western-paling-best-di-sungai-petani/

Suasana di Syrup vs Soda
Suasana di Syrup vs Soda

LOCATION

📍Syrup Vs Soda
Lot 3373 Jalan batas baru 20300, kuala terengganu.

🗺️Google maps : The Syrup VS Soda
🗺️Waze : The Syrup VS Soda
📱Facebook : https://web.facebook.com/syrupvssoda/?_rdc=1&_rdr
📱Instagram : https://www.instagram.com/thesyrupvssoda/?hl=en
📱Tiktok : https://www.tiktok.com/@thesyrupvssodaa?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Leave a Reply