Nak cafe yang ada suasana tenang dan comforting? Kalau macam tu, Min ada satu cafe yang sesuai terutamanya untuk flora lovers. Cafe ni bernama Flame & Fern yang terletak di Taman Melodies, Johor Bahru. Apa yang membuatkan Flame & Fern istimewa adalah hidangan homemade mereka yang mempunyai brioche dan bagel yang sedap dan fresh.
Macam Min cakap tadi, Flame & Fern Cafe ni ada vibe yang chill jadi untuk customer yang introvert ataupun those yang suka solitude, boleh cuba untuk makan kat cafe ni. Bukan tu je, kat cafe ni jugak ada best view dengan kehijauan mengelilingi Flame & Fern Cafe yang menjadi faktor utama suasana cafe yang chill.
Menu
Salmon & Egg (RM42)
Kalau korang suka salmon, korang wajib cuba Salmon & Egg yang disediakan bersama brioche. Gabungan salmon, scrambled egg dan sayur membuatkan hidangan ini rasa ringan dan fresh.
Beef Bacon & Egg (RM42)
Rasa smoky beef bacon bersama scrambled egg yang lembut dan berkrim serta brioche yang rangup menjadikan hidangan ini tiga kombo texture yang penuh harmoni dan lazat. Semestinya worth untuk korang cuba. Beef Bacon & Egg ini juga berkualiti tinggi sama seperti hidangan lain kat Flame & Fern Cafe.
Flame & Fern Cafe juga menyediakan hidangan utama dan juga pasta untuk para customer pilih dalam menu. Kesemua makanan yang disediakan oleh cafe tersebut adalah sedap dan berkualiti tinggi. Not to mention mereka juga menyediakan hidangan brioche dan bagel yang homemade. Min semestinya recommend untuk korang cuba Flame & Fern Cafe sebab akan berbaloi duit dan masa yang korang gunakan semasa berada ni cafe ni.
Location & Info
Flame & Fern Cafe
📍61, Jalan Chengai, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru, 80250 Johor
🗺️ Google Maps: Flame & Fern Cafe
⏰Waktu Operasi: 9.30 am – 5.00 pm (ISNIN – KHAMIS) , 8.00 am – 5.00 pm (JUMAAT – AHAD) (SELASA CUTI)
📲Phone: 07-3309061
📲Instagram: Flame & Fern Cafe
📲Facebook: Flame & Fern Cafe
Article curated by Nada Fariza