Swood Smokehouse Texas BBQ: Hidangan Daging BBQ Texas Kini Boleh Didapati di KL!

You are currently viewing Swood Smokehouse Texas BBQ: Hidangan Daging BBQ Texas Kini Boleh Didapati di KL!

Korang yang teringin nak makan smokey BBQ, min ada berita gembira untuk korang semua. Sekarang, korang boleh dapatkan hidangan smokey BBQ di Kuala Lumpur. Tak perlu pergi jauh-jauh atau travel luar negara untuk dapatkan hidangan ini. Nama restoran berkenaan adalah Swood Smokehouse Texas BBQ yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Nak tahu lokasi dengan lebih lanjut? Korang baca sampai habis ok!

Ingin mencari port makan menarik yang lain di Kuala Lumpur? Tekan di sini.

Swood Smokehouse Texas BBQ
Swood Smokehouse Texas BBQ (Facebook)

Suasana di Swood Smokehouse Texas BBQ ini sangat sesuai untuk port makan bersama keluarga kerana ruangnya yang luas dan memiliki banyak tempat duduk untuk menikmati makanan di sini. Design di restoran ini juga kelihatan aesthetic. Review di restoran ini juga majoritinya positif dan berbaloi. Korang boleh tekan di sini untuk mendengar review pelanggan.

Menu

Smoke Beef Ribs

Swood Smokehouse Texas BBQ
Beef Ribs (Instagram)

Hidangan Smoke Beef Ribs ini merupakan salah satu menu yang terpaling laris di Swood Smokehouse Texas BBQ. Dagingnya yang lembut dan juicy serta rasa smokey telah dapat memikat hati pelanggan untuk memakannya. Bukan daging lembu je ada tau, lamb ribs pun ada!

Smoke Beef Brisket

Swood Smokehouse Texas BBQ
Beef Brisket (Instagram)

Min nak panggil semua peminat daging brisket sebab di sini pun ada menyediakan hidangan smokey beef brisket tau. Daging tu serius min kata, juicy dan lembut sangat.

Smokey Brisket & Beef Burger

Swood Smokehouse Texas BBQ
Smokey Brisket & Beef Burger (Facebook)

Korang nak makan burger? Jangan risau, sebab dekat sini pun mereka ada hidangkan menu burger premium. Burger ini mengandungi patty daging dan juga daging brisket yang pasti dapat memikat selera korang semua.

Setiap menu yang mereka hidangkan semuanya menggunakan daging-daging premium. Aroma smokey bila korang masuk dekat restoran ini pasti akan membuat korang rasa semakin lapar dan tak sabar untuk menikmati hidangan tersebut. Jadi, tunggu apa lagi? Jomlah kita cuba makan di Swood Smokehouse Texas BBQ sekarang!

Ingin mencari port makan bbq berhampiran dengan anda? Tekan di sini.

Lokasi

📍No.14, Jalan Liew Weng Chee, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/RCsLcZB512gEEbn7A  

Waktu Operasi: Mon – Sun | 12:00pm – 23:00pm

📲Phone: 011-2376 7798

📲Instagram: https://www.instagram.com/swoodsmokehousebbq/ 

📲Tiktok: https://www.tiktok.com/@swoodsmokehousebbqkl

📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Swood-Smokehousebbq-100083199617596/

Curated by “Areisya Putri”