Sup Salim – Sup Popular 14 Tahun di KL

Siapa di sini yang suka makan sup? Kalau ada, ni Izzah nak kongsi dengan korang semua. Ada satu tempat ni boleh dikira legend la dalam buat sup. 14 tahun dah buka kedai dan Sup Salim ini masih dikujungi pemakan sup tegar.

Kedai makan Sup Salim ni terletak di Sentul dan ianya terkenal dengan supnya. Korang nak makan sup apa? Sup daging, sup tulang, sup perut? Semuanya ada di sini! Banyak review yang bagi komen yang baik mengenai kedai makan Sup Salim ni. Untuk maklumat lanjut mengenai kedai sup yang best, klik link ni: https://purpledurian.my/makan/restoran-cambodia-sup-enterprise-menghidangkan-rasa-asli-makanan-negara-kemboja/

Sup Salim (google.com)
Sup Salim (google.com)

Menu

Sup Daging

Sup daging (instagram.com)
Sup daging (instagram.com)

Dah namanya pun sup daging, mestilah isi sup ni ialah daging kan. So untuk peminat sup daging, korang jangan lepaskan peluang rasa sendiri kelazatan sup ni di kedai makan Sup Salim.

Sup Perut

Sup Perut (instagram.com)
Sup Perut (instagram.com)

Uissh… Ingat senang ke nak cari sup perut. Tapi korang tak perlu risau sebab Sup Salim ada menjual sup perut yang sememangnya pasti memenuhi selera korang

Sup Kambing

Sup Kambing (instagram.com)
Sup Kambing (instagram.com)

Kalau tadi, Izzah dah cakap pasal sup daging dan sup perut, sekarang Izzah nak cakap pula pasal sup kambing. Rasa sup ni memang terbaik la! Pasti korang nak beli lagi selepas mencuba sup ini.

Sup Tulang

Sup Tulang (instagram.com)
Sup Tulang (instagram.com)

Rasa sup tulang ni memang akan membuatkan korang rasa puas hati sehingga nak beli lagi. Bagi pendapat Izzah, Izzah akan memberikan 5 bintang untuk sup ni!

Konklusinya, rugi kalau korang tak cuba kedai makan Sup Salim ni. Terutama sekali untuk warga KL. Bila korang duduk kat KL tu, pergi sana, pergi sini, tengok-tengok tu dia, kedai makan Sup Salim dah depan mata. Jadi, tunggu apa lagi? Untuk maklumat lanjut mengenai Sup Salim, skrol ke bawah. Kalau korang nak mencari tempat makan yang best di area KL dan PJ, klik link ni: https://purpledurian.my/food-review/10-tempat-nasi-lemak-terbaik-di-kl-dan-pj-untuk-hidangan-nasi-kelapa-paling-wangi/

Sup Salim
📍 16, Jalan Sentul Pasar, Sentul 51000, KL
⏰ 3pm – 1am (setiap hari)
🗺️Google Map: https://goo.gl/maps/yXRoRSmq7CaWW9VA7
📲 Phone: 019-939 5786
📲Instagram: https://www.instagram.com/sup.salim/?hl=en
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@supsalim_sentul

Article currated by Izzah Norsham