Sedapnya donut susu viral di Tasti Dough

You are currently viewing Sedapnya donut susu viral di Tasti Dough

Korang pernah dengar tak pasal donut susu yang viral tu dari kedai Donut Nenen yang kemain ramai betul yang beratur tu. Sekarang mereka dah rebrand kepada Tasti Dough untuk pemilihan nama kedai yang lebih manis dan sesuai. Tasti Dough terletak di Cyberjaya dan dibuka setiap hari kecuali isnin dari pukul 12 tengahari sampai donut habis semua.

Donut Susu Tasti Dough
Donut Susu Tasti Dough

Kedai ini famous disebabkan donut yang lembut dan sedap sangat untuk korang makan petang petang dengan kawan korang. Makan panas panas confirm repeat lagi korang donut viral ini. 

Dari gerai biasa di tepi jalan sehingga mereka berjaya membuka satu kedai yang kelihatan selesa kepada para pelanggan mereka untuk menikmati donut susu yang viral itu. Kedai yang simple dan nice sangat untuk korang try donut disini.

Min yakin korang akan jumpa kedai ini sebabnya signboard kedai mereka amat jelas dan besar so tak susah dah korang nak datang sini. Cuma min nak pesan sedikit korang datang awal lah sebab cepat sangat sold out donut viral mereka ini kalau korang nak order semua menu donut disini.

Tasti Dough
Tasti Dough

Antara menu yang menjadi kegilaan orang ramai of course lah donut susu yang diselaputi susu yang manis manis gitu. Korang juga boleh order donut topping lain seperti donut gula, donut susu chocolate, donut susu cheese dan paling special ialah donut susu chocolate cheese. Memang ngam habis kalau korang nak buat dessert lepas lunch semua itu.

Pelbagai pilihan donut susu di Tasti Dough
Pelbagai pilihan donut susu di Tasti Dough

MENU

1. Donut Susu (RM5)

Donut yang gebu gebas ini digaul dengan susu tepung setebal tebalnya untuk bagi rasa kepada korang sehabis mungkin. Sedap betul ye donut susu ini rasa macam minum air susu tapi ini korang makan donut bergabung dengan susu ha. Menarik sangat!

2. Donut Gula (RM5)

Ini antara donut yang basic sebab min rasa korang dah selalu makan. Tapi apa salahnya mencuba donut gula dari Tasti Dough. Confirm auto manis korang lepas makan donut yang digaul bersama gula asing yang halus dan manis manis gitu!

3. Donut Susu Chocolate (RM8)

Ha yang ini donut susu juga tapi ada topping chocolate. Chocolate mereka sangat berlemak dan tak manis sangat. Topping yang amat sesuai dengan donut susu and auto repeat korang makan ini!

4. Donut Susu Cheese (RM8)

Confirm lah ada juga topping cheese kalau korang peminat cheese nombor satu. Cheese memang tak kedekut langsung atas donut susu bertaburan dengan donut susu itu. Wajib try korang menu ini!

5. Donut Susu Chocolate Cheese (RM9)

Ini pula adalah donut susu yang paling banyak topping sebab ada topping chocolate yang meleleh teroks dan cheese bertaburan atas donut. Korang kalau tak boleh decide nak chocolate ke cheese ambik je menu ini. 2 in 1 semua sekali dapat ha! Topping memang banjir dan sedap sangat untuk korang try! Recommended sangat sangat.

Combo menu donut susu viral
Combo menu donut susu viral

Overall korang memang wajib datang untuk merasai donut yang sangat gebu serta ada keunikan tersendiri. Beli donut ini dan makan dengan pasangan korang confirm ceria satu hari korang itu. Port viral yang teramat lah berbaloi untuk datang makan donut susu gebu gebas jadi tunggu apa lagi jemput singgah ke Tasti Dough di Cyberjaya!

Menu Tasti Dough
Menu Tasti Dough

LOCATION

📍 Tasti Dough
52, Jalan 19/1, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/kV9qAFuiScTje1Am9
📱Phone : 011-2133 2760
📱Facebook : https://m.facebook.com/tastidough/
📱Tiktok : https://www.tiktok.com/@tasti.dough