Nak rasa pizza fresh baru keluar dari oven tapi tak tahu kat mana? Ha, hari ni Min nak share yang Roadside Pizza kat TTDI ada sediakan beraneka pizza yang korang boleh try.
Pengenalan
Roadside Pizza di TTDI menawarkan pizza segar dan menarik untuk netizen yang nak rasa pizza yang berkualiti tinggi. Apa yang membezakan Roadside Pizza bukan hanya pizza yang lazat tetapi juga suasana yang mesra. Korang boleh bawak family, partner ataupun nak pergi sorang-sorang pun boleh.
Menu
Roadside Pizza ada sediakan 7 jenis pizza untuk dipilih:
- Pepperoni Pizza – RM26
- Beef Slice & Mushroom With Caramelized Onion Pizza – RM27
- Mango Chic Pizza – RM26
- Portabello Mushroom & Spinach Pizza – RM26
- BBQ Chicken Pizza – RM25
- Triple Cheese Pizza – RM26
- Margherita Pizza – RM26
Min rasa harga pizza yang disediakan agak pricey tapi disebabkan portion dan kualiti pizza memang nice jadi berbaloi kalau spend duit dan tak membazir.
Makanan
Netizen yang pernah makan pizza dari Roadside Pizza ada tinggalkan review positif dan Beef Slice & Mushroom With Caramelized Onion Pizza menjadi pilihan hati.
Kalau nak tengok video review netizen boleh klik link ini: https://vt.tiktok.com/ZSN6AFWVw/
Review
Min memang recommend kepada netizen untuk try menu Roadside Pizza. Sama ada pizza lovers ataupun foodie in general, korang tak boleh lepaskan peluang. For those yang pernah makan pizza dari Roadside Pizza boleh share kat family, kawan dan jiran-jiran okay. Netizen yang pernah atau nak try Roadside Pizza pulak jangan lupa tinggalkan komen tau!
Nak tau lagi tempat menarik di TTDI? Klik link ini: https://purpledurian.my/makan/chequers-makanan-yang-wajib-anda-cuba-di-restoran-berkonsepkan-amerikan-diner-ini/
Location & Info
Roadside Pizza
📍 Masjid At-taqwa Ttdi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/Fi7zhDKhAaoA6bku7
⏰Waktu Operasi: 8.00 pm – 11.30 pm (ISNIN CUTI)
📲Phone: 012-9807014
📲Instagram: https://www.instagram.com/roadside_pizza_ttdi/
📲Tiktok: https://www.tiktok.com/@roadside_pizza?_t=8gaSvZre3bG&_r=1
Article curated by Nada Fariza