Hello korang! Hari ini Izzah ada satu kafe yang menarik nak share dengan korang semua! Kafe ni jual aiskrim. Tapi yang bestnya tentang Urabn Artisan Cafe ni, diorang jual aiskrim yang perisanya unik tapi tetap sedap! Jadi, nak cuba tengok?
Terletak di George Town, Urban Artisan Cafe ini memang mengekalkan tema urban artisan di mana aiskrim mereka sememangnya kelihatan urban dan pada masa yang sama berseni. Review yang diberikan mengenai tempat ini juga memuaskan cuma ada sedikit masalah tempat parking. Biasalah tu… Kalau korang nak cari tempat yang menjual aiskrim yang sedap, korang boleh tekan link ni: https://purpledurian.my/makan/pelbagai-topping-ice-cream-di-waffle-ice-cream-di-concubine-lane-ipoh/
Menu
Aiskrim
Aiskrim kat sini, macam Izzah cakap kat atas tadi, mempunyai perisa yang unik. Di sini, signature aiskrim mereka ialah Sea Salt. Dengar namanya, korang dah boleh bayangkan keunikan rasa aiskrim ni kan. Tapi, yang paling penting ialah, aiskrim ni memang SEDAP! Kalau korang nak tengok pricing dan menu, korang boleh tengok gambar di bawah.
All in all, Izzah memang rekomenkan korang cuba makan aiskrim di Urban Artisan Cafe. Korang memang tidak akan menyesal punyalah! Untuk maklumat lanjut, korang boleh skrol ke bawah. Kalau korang nak cari tempat makan yang BEST di George Town, korang boleh tekan link ini: https://purpledurian.my/makan/rasai-burger-pattaya-di-drive-in-burger/
Lokasi
📍 Urban Artisan Cafe
122-C, Jalan Burma, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
⏰Waktu buka: 1:00pm – 9:00pm (Setiap hari)
🗺️Google Maps: https://maps.app.goo.gl/9w14xpzXaNeQTtun6
📲Facebook: https://www.facebook.com/urbanartisanpenang/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@urbanartisan
📲Instagram: https://www.instagram.com/p/CxfQ4wSLVnc/
Article curated by Izzah Norsham