Rasa Tomyam Yang ‘KAW’ di Thai Luck!

You are currently viewing Rasa Tomyam Yang ‘KAW’ di Thai Luck!

Selalunya korang makan tomyam kat mana? Kalau dekat kedai tepi jalan tu memang sedap kan tapi tomyam yang korang makan tu rasa macam tomyam yang ‘pure’ Thailand tak? Kalau korang nak try tomyam yang rasa pure dari negara Thailand, korang memang patut cuba makan di Thai Luck ni tau.

Bahan-bahan yang mereka gunakan kat sini memang diimport dari Thailand so korang memang akan dapat rasa tomyam yang sedap dan pekat seperti tomyam yang korang akan rasa kat Thailand.

Tak payah dah pergi jauh-jauh sampai ke Thailand, sebab sekarang korang boleh pergi je ke restoran Thai Luck ni tau!

Inilah restorannya!

Sebabkan dorang guna bahan yang diimport dari negara Thailand, kami pun order lah makanan yang terkenal dan simbolik dengan makanan yang ada di Thailand. Nak tengok apa kami order tak? Scroll bawah sikit hehe

Stir Fried Holy Basil Minced Chicken with Rice 
Thai Luck Chili Chicken. Sedap dan pedas!
Thai Style Chicken Soup Noodle. Rasa macam mee celup sikit.

Korang mesti nak tengok kan yang terpaling main character dalam semua menu yang kami order? Kami order Tomyam Noodle Mama! Sedap dan pekat tau korang. Tengoklah udang dalam tomyam ni, besar! Bahan lain pun penuh tau. 

Tomyam Noodle Mama, 10/10!!

Kalau korang nak tahu apa lagi yang menarik untuk dinikmati kat Thai Luck ni, korang boleh pergi dan discover sendiri makanan yang ada kat sini, yang pasti semuanya mesti sedap. Boleh lah feeling-feeling makan kat Thailand kat sini! 

Lokasi📍

Thai Luck

7-0-11, Jalan 3/109f, 

Danau Business Centre, 

58100 Kuala Lumpur, 

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Google Maps: Thai Luck