Hello orang Terengganu yang mengidam pisang cheese macam Bananadibs yang viral itu tapi jauh, ha tak payah susah susah korang pergi je Pisang Kejuk di Flat Awam Padang Hiliran, Kuala Terengganu bersebelahan Giant. Tapi setahu min Pisang Kejuk ini antara local business yang popular dari dulu ketika pisang cheese mula diperkenalkan dan viral di Terengganu.
Pelbagai variasi pisang cheese yang korang boleh pilih order dan nikmati disini okay. Memang rambang mata dan rasa pun sangat sedap ye! Bayangkan korang makan pisang goreng tapi dengan topping cheese wow memang lain dari yang lain.
Kedai Pisang Kejuk memang humble betul ye decoration since diorang bermula dengan menjual di kontena secara kecil kecilan. Tetapi kedai ini ada sediakan tempat duduk sambil menunggu atau nak makan panas panas di kedai ha. Jangan risau korang boleh dine in sambil makan pisang kejuk dan kopi. Design kontena yang warna kuning menggambarkan warna pisang sangat menarik perhatian dan signboard pisang kejuk yang sangat besar jadi korang pasti akan jumpa kedai ini.
Pisang Kejuk menawarkan pisang cheese dengan variety topping yang sangat menarik ye. Antara hot selling menu ialah Keju Nutella, Keju Coklat, Keju Susu, Oreo dan sebagainya. Nak lagi best beli satu bigbox boleh makan ramai ramai dengan family atau kawan dan boleh rasa 5 jenis flavour dan topping. Seriously sedapp pisang kejuk sini😋😋😋
Tak lengkap lah pisang goreng tanpa air kan, jadi Pisang Kejuk ada menyediakan pelbagai pilihan minuman diperbuat dari pisang ha seperti Choco Banana Smoothie dan Strawberry Banana Smoothie.
Yang paling menarik perhatian min ialah Sang Sejuk, iaitu gabungan antara pisang goreng dan ais krim. Wow menarik betul pisang dimakan sekali dengan ais krim. Pisang goreng + aiskrim jadi molek!
MENU
1. Pisang Keju Nutella (RM9)
Ini adalah antara menu yang sangat famous di Pisang Kejuk. Pisang goreng yang digoreng dengan rangup sekali ditambah dengan topping keju dan nutella yang banyak sangat. Memang sedap yalls makan panas panas!!
2. Pisang Keju Butterscotch (RM9)
Bayangkan korang makan pisang goreng sekali butterscotch 😍 Memang gabungan yang sangat berlemak dan mantap kalau korang tengah craving sugar ha. Min recommended menu ni dooh dooh!!
3. Strawberry Banana Smoothie (RM7.90)
Tak lengkap lah makan pisang goreng tanpa air kan. Jadi korang boleh order smoothie yang sedap dooh ni. Double kill untuk orang yang suka strawberry dan pisang ha senang boleh rasa dedua in one drink ye. Smoothie pun manis dan buah yang digunakan sangat fresh ye!
4. Sang Sejuk (RM7)
Pisang goreng yang dipotong potong kecil kemudian dimakan sekali dengan aiskrim pisang. Ditabur juga dengan cornlakes untuk bagi texture crunchy bila makan tu. Memang menaikkan selera. Korang yang dari sedih terus jadi happy kalau makan ni sebab lain dari lain menu ni! Sedapnyaaaaaa
Overall min sangat recommend korang untuk try pisang goreng di Pisang Kejuk sebab banyak sangat variety disini dan harga pun sangat murah ye korang! Sesuai kalau korang nak makan lepas balik kerja penat dan hirup kopi sambil makan pisang cheese. Jadi korang jangan lupa singgah Pisang Kejuk di Flat Hiliran Kuala Terengganu dan makan pisang cheese sepuas puasnya!!
LOCATION
📍Pisang Kejuk
945, Jalan Sultan Mohamad, Kampung Tok Ku, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu
📞Phone : 012-959 5204
🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/pX44Q2uVLDs3qJM28
🗺️Waze : Pisang Kejuk
📱Facebook : https://web.facebook.com/pisangkejukbyannatto/?locale=ms_MY&_rdc=1&_rdr
📱Instagram : https://www.instagram.com/pisangkejuk/?hl=en
📱Tiktok : https://www.tiktok.com/@pisang.kejuk?is_from_webapp=1&sender_device=pc