Johor Bahru, sebuah bandar yang terkenal dengan kepelbagaian budayanya, kini menawarkan satu lagi pilihan gastronomi yang menarik hati. Terletak di tengah-tengah kesibukkan bandaraya, O’Se Kitchen merupakan restoran jepun halal yang menawarkan pengalaman makan yang luar biasa. Dengan gabungan unik antara rasa autentik Jepun dan status halal yang terjamin, restoran ini pasti memikat semua penggemar makanan.
Setibanya korang di O’Se Kitchen, korang akan disambut dengan atmosfera yang menenangkan. Reka bentuk dalaman restoran ini menggabungkan elemen tradisional jepun dengan rekaan moden, mencipta tempat yang selesa dan bersahaja untuk menikmati makanan. Sekiranya korang mahu meraikan sambutan Hari jadi, atau hanya makan malam santai, O’Se Kitchen adalah tempat yang sesuai.
Bagi korang yang nak cuba makanan jepun yang sama power dan autentik, boleh kilk ini!.
Menu
O’Se Kitchen bangga dengan pelbagai menu yang ditawarkan untuk memenuhi selera semua orang. Bukanlah mudah untuk menemui restoran jepun yang menyajikan hidangan halal dengan rasa yang autentik, tetapi O’Se Kitchen telah berjaya mengatasi cabaran ini. Setiap hidangan di sini disediakan dengan teliti, memastikan kesegaran dan kualiti rasa yang konsisten. Dari sushi yang digulung dengan teliti hingga ke teriyaki yang menggugat selera, setiap suapan adalah seperti satu perjalanan ke Jepun.
Japanese Chicken Katsu Curry Don
Katsu Chicken Curry Don adalah hidangan yang memukau dengan kesempurnaan rasa dan kepuasan yang mengenyangkan. Potongan ayam yang digoreng rangup dengan tepung “panko” memikat selera, memberikan keseimbangan sempurna antara tekstur dan rasa. Setiap gigitan adalah gabungan kelazatan ayam yang segar dan lembut, yang pasti akan membuatkan air liur korang mengalir. Tetapi, tentu saja, ayam katsu ini tidak akan lengkap tanpa kuah kari yang melimpah. Kuah kari Jepun yang kaya dan aromatik ini diperbuat daripada pelbagai rempah yang dimasak dengan penuh teliti. Menghidangkan Katsu Curry Don dihidangkan di atas nasi putih yang lembut dan harum. Setiap butir nasi menyerap kuah kari dengan penuh nikmat.
Smoked Duck
“Japanese Style Smoked Duck” adalah hidangan dengan gaya Jepun yang klasik dan cita rasa yang lazat, hidangan ini pasti akan mencuri perhatian korang. Bagi penggemar daging itik, hidangan utama di O’se Kitchen adalah pilihan yang sempurna. Daging itik dipilih dengan teliti dan diperap dengan rempah rahsia mereka sebelum dihidangkan. Kemudian, proses pengasapan khas memberikan daging itik itu kelazatan yang unik. Hasil akhirnya adalah daging itik yang lembut, berempah, dan mempunyai aroma asap yang menyelerakan. Mereka juga menyajikan hidangan ini dengan pelbagai hidangan sampingan yang menarikkan lagi pengalaman makan korang. Daripada sup miso yang hangat dan mengenyangkan hingga ke salad segar dengan sos yang lazat, setiap hidangan di restoran mereka dirancang untuk menawarkan keunikan rasanya.
“California Rolls”
Apabila korang datang ke restoran Jepun mahupun sushi, California Roll adalah pilihan yang tidak pernah menghampakan. Ia merupakan hidangan yang sempurna untuk korang yang ingin menikmati keunikan sushi tanpa perlu berurusan dengan rasa ikan mentah. Lapisan luar California Roll yang biasanya diperbuat daripada nasi sushi yang dibentuk dengan halus dan kemas disaluti lembaran alga nori. Ini memberikan kombinasi tekstur yang menarik, dari kelembutan nasi hingga kelazatan alga yang ranggup. Tetapi perbezaan yang membuat California Roll kelihatan begitu memikat hati adalah ketika kita mencuba hidangan ini. Korang akan dibanjiri dengan kepelbagaian bahan segar yang memukau. Daging ikan yang lembut dan rangup, ditambah dengan timun yang segar, mencipta harmoni rasa yang tiada tandingan. Tetapi jangan terlupa dengan taburan biji bijian yang memberikan sentuhan kekacangan yang menambah lagi kelazatan hidangan ini.Satu lagi keistimewaan California Roll adalah cara penyajiannya. Potongan roll yang ringkas memudahkan untuk dinikmati dalam satu suapan yang memuaskan. Dan tentu saja, jangan lupa untuk menambah rasanya dengan sos wasabi mahupun kicap yang ada untuk menambahkan lapisan rasa yang lebih mendalam.
Review
Pengalaman makan yang hebat tidak hanya berkisar pada makanan semata-mata. Kakitangan O’Se Kitchen sentiasa bersedia untuk menyambut korang dengan senyuman dan perkhidmatan yang mesra. Jika korang tidak pasti dengan menu atau ingin mencuba sesuatu yang baru, mereka dengan sabar akan membantu korang membuat pilihan yang tepat.
O’Se Kitchen dengan bangganya telah menjadi tempat kegemaran baru bagi penggemar makanan di Johor Bahru. Dari kalangan keluarga yang mencari pengalaman makan yang menyeronokkan hingga kepada rakan-rakan yang ingin mencuba hidangan baru bersama-sama, restoran ini mempunyai daya tarikan yang tanpa mengira batasan umur dan selera.
Jika korang merancang untuk mengadakan majlis khas seperti ulang tahun atau majlis makan malam korporat, O’Se Kitchen juga menyediakan perkhidmatan tempahan. Mereka memahami bahawa sesetengah perkara memerlukan perancangan awal, dan dengan senang hati akan membantu korang menyediakan hidangan yang akan dikenang oleh tetamu korang.
Jadi, jika korang ingin merasai kelazatan jepun yang halal di Johor Bahru, jangan lepaskan peluang untuk melawat O’Se Kitchen. Dengan menu yang pelbagai, rasa yang autentik, dan atmosfera yang menyenangkan, ia adalah tempat yang sempurna untuk meraikan makanan dengan gaya jepun yang sebenar. Dapatkan pengalaman makan yang tidak dilupai di O’Se Kitchen.
Bagi korang yang bercuti di Kota Kinabalu dan korang nak cuba makanan jepun, boleh klik di link ini!.
Lokasi
📍 O’se Kitchen
7, Jalan Aliff 4, Taman Damansara Aliff, 81200 Johor Bahru, Johor
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/gutuHYZfasjL9w4q8
⏰ Waktu Operasi: 12.30pm – 3.00pm
5.30pm-9.30pm (Isnin-Ahad)
No Telefon: 07-236 0697
📲 Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100083133387907&mibextid=ZbWKwL
📲Instagram: https://instagram.com/ose_kitchen_jb_official?igshid=MWZjMTM2ODFkZg==
📲 Tiktok: https://www.tiktok.com/@osekitchen.official?_t=8fBLYs48bHW&_r=1
Article Curated By Amir Haziq