Nikmati Resipi Ramen Autentik yang Halal dari Jepun di Ramen Seirock YA

You are currently viewing Nikmati Resipi Ramen Autentik yang Halal dari Jepun di Ramen Seirock YA

Kat Malaysia ni kita banyak restoran makanan Jepun. Antara yang popular macam francais Sushi King. Sekarang pun makin banyak kedai ramen Jepun yang halal di buka oleh rakyat Malaysia. Tapi korang tahu tak cawangan kedai ramen dari Jepun ada dibuka di sini? Ramen Seirock-YA menyediakan resipi ramen asli dari Jepun. Pemiliknya pun orang Jepun jadi resipi memang confirm ori. Jangan risau. Sudah disahkan halal Jakim pun. Boleh makan tanpa was-was.

Ramen Seirock-YA dibuka di Jepun sejak tahun 2009 Kalau korang nak tahu Ramen Seirock-YA dah lama melebarkan sayap di Indonesia sejak tahun 2014 dan sudah disahkan halal oleh Majlis Ulama Indonesia. So kalau pergi negara jiran kita tu pun boleh makan ramen autentik. Dorang baru buka cawangan kat Malaysia pada tahun 2019. Setakat ni dorang dah ada 5 cawangan di Malaysia kat mall-mall besar di Lembah Klang. Ada beberapa outlet yang direka macam restoran ramen di Jepun. Boleh jadi port makan dengan member korang lepas ni sambil feeling-feeling travel ke Jepun.

Menu

Ramen ni sebenarnya makanan yang simple tapi banyak variasinya. Kuah ramen di sini ada pelbagai jenis, bergantung pada selera korang.

Mi ada dua jenis; tebal dan nipis. Yang nipis tu macam tekstur pasta angel hair gitu. Dan korang boleh pilih mi tu nak masak ataupun tak. Min suka mi nipis dan tak dicelur. Jangan risau. Resipi ramen asli menggunakan telur yang telah dipasteur. Orang Jepun selalu je makan telur mentah dengan nasi sebab takde masalah pun. Telur mereka sudah siap di pasteur jadi selamat untuk dimakan mentah. Mi nipis ni tak terlalu muak dan bila tak dicelur, tekstur dia lebih kenyal apabila makan dengan kuah pilihan korang. Tapi kalau korang tapau boleh je korang rebus sendiri kat rumah. Panas dan fresh gitu.

Nasi dan gyoza pun ada dijual. Dah restoran Jepun kan. Kalau takde rice bowl dengan gyoza tu tak sah. Btw, yang min review ni cawangan Ramen Seirock-YA kat Central i-City ya. Kalau nak tengok menu penuh boleh klik kat sini. Jom min explain tiga jenis kuah ramen yang ada. Ada banyak sebenarnya tapi min bagi top 3 je k.

1) Toripaitan Extreme

Ni kuah signature Ramen Seirock-YA. Toripaitan (kuah ayam putih) ni diperbuat daripada daging ayam. Bukan macam kita buat sup ayam kat rumah dengan mereneh ayam. Tapi daging ayam dikisar halus menggunakan immersion blender untuk dijadikan stok. Ada 4 jenis yang korang boleh pesan, nak pedas, tak nak pedas. Tapi min syorkan makan dengan telur ya. Semua mi yang korang pesan, order sekali dengan telur sebab memang perfect telur rebus dorang, dengan kuning yang separuh masak.

2) Hokkaido Style

Kalau korang nak kuah yang light boleh order Traditional Hokkaido Style. Kalau Toripaitan kuah sedikit pekat, kuah Hokkaido style adalah kuah Chintan iaitu sejenis kuah yang jernih dan ringan. Rasanya agak plain so sesuai kalau korang demam tapi rasa muak makan bubur je.

3) Tsukemen

Ni favourite min. Ramen ni berbeza sikit sebab mi dihidang berasingan dengan kuah. Cara makan ramen ni korang ambil sedikit mi dan celup dalam kuah. Ramen tsukemen paling sesuai dimakan dengan mi yang tidak dicelur. Kuah ni agak pekat. Min cadangkan korang pesan jenis ‘light’ sebab kalau biasa rasanya masin sedikit.

Review

Kalau korang peminat tegar makanan jepun boleh singgah makan kat mana-mana cawangan Ramen Seirock-YA. Min cadangkan korang eksperimen dulu dengan kombinasi kuah dan mi yang berbeza. Kat sini ada juga menu nasi macam chicken teriyaki dengan chicken katsu. Tapi tak banyak choice macam Sukiya. Harga di sini sangat berpatutan lagi-lagi dengan portion yang memang boleh kenyang.

Nak tahu kat mana boleh makan ramen dengan daging wagyu? Boleh baca kat sini.

Lokasi

📍Ramen Seirock-YA
Uptown Damansara, Central i-City, USJ 21, IOI Mall Puchong, IOI City Mall


📱Instagram : @seirockya.ramen.my
📱Facebook : Seirock-ya Ramen Malaysia


Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.