NeNe Chicken – Khas Untuk Peminat K-Drama Yang Craving Korean Fried Chicken

You are currently viewing NeNe Chicken – Khas Untuk Peminat K-Drama Yang Craving Korean Fried Chicken

Haa… mana peminat k-drama atau k-pop tu cuba tunjukkan diri korang? Mesti sepanjang korang tengok k-drama korang terliur tengok diorang makan kan. Jangan tipu min sebab min pun sama terliur juga tengok makanan tu semua. Takpe korang jangan risau biar min tolong lepaskan craving korang tu. Ni min nak kenalkan dekat korang satu restoran iaitu Nene Chicken yang terletak di Wangsa Walk Mall.

Nene tu maksudnya Yes! Yes! dalam bahasa korea tau. Nene Chicken ni antara restoran yang terkenal di Korea dan mereka antara 3 brand makanan yang terkenal di sana. Min paling terkejut mereka ada lebih 1000 cawangan di Korea tau. Hebatnya ! Tapi interior design di Nene Chicken Wangsa Walk Mall sangat menarik ada Oppa guys!

nene-chicken
Source: Nene Chicken Google

Korang nak rasa korean fried chicken yang asli dari Korea korang boleh datang ke sini macam-macam jenis makanan korea ada tau. Mereka ada bibimbap, japchae, corn dog, dosirak dan macam-macam lagi. Harga pun berpatutan tau. Nak tengok review signature menu dari Nene Chicken boleh tengok disini.

Korea memang terkenal dengan makanan diorang yang sedap-sedap bukan sahaja ayam goreng tapi dessert dekat sana pun sedap juga weh. Nak tahu dessert apa yang terkenal di Korea dan dah ada di Malaysia boleh bac artikel ni.
https://purpledurian.my/food-review/terbang-jauh-dari-korea-kini-tiba-di-malaysia-madam-croffle/

Menu Nene Chicken

nene-chicken-menu
Source: Nene Chicken Website

Ini antara menu yang korang boleh pilih tapi bukan ni je ada banyak lagi tau.

1. Winggette & Drumette Fried Chicken

new-menu
Source: Nene Chicken Instagram

Haa.. Ayam goreng di Nene Chicken ni adalah menu utama yang korang wajib cuba kalau datang sini sebab mereka ada banyak jenis sauce yang korang boleh pilih. Double Freaking Hot adalah sauce terbaru mereka rasa pedas dia di tahap 4. Tapi kalau korang tak tahan pedas boleh pilih classic snowing, snowing cheese, snowing curry dan banyak lagi.

2. Kimchi Fried Rice (RM25.90)

kimchi-fried-rice
Source: Nene Chicken Instagram

Kimchi Fried Rice juga antara menu yang wajib korang cuba tau. Peminat k-drama mesti selalu tengok diorang makan nasi goreng kimchi ni kan. Sedap betul weh tak rugi korang order menu ni.

3. Kimchi Ramyeon (RM22.90)

kimchi-ramyeon
Source: Nene Chicken Instagram

Kimchi Ramyeon ni adalah menu best seller di Nene Chicken tau. Nak tahu sebab apa? Sebab rasa ramyeon ni memang asli dari Korea. Orang korea juga suka makan ramyeon setiap hari tau dan mereka selalu makan dengan kimchi. Jadi untuk peminat k-drama dan k-pop di Malaysia menu ni wajib try okay!

So korang boleh la start planning nak datang ke Nene Chicken di Wangsa Walk Mall untuk rasa menu mereka yang sedap ni. Min pun nak pergi juga la hujung minggu ini bersama kad membership Club Cari Makan. Nanti min boleh dapat diskaun sebanyak 10% dan korang yang belum jadi member tu pergi la register boleh dapat diskaun sama-sama.

Location
📍 Nene Chicken

Lot GL-03A & FL-03A / GL-05 & FL-05 Wangsa Walk Mall, Wangsa Avenue, 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/J6cThUzY6UHAviHw8

📲Facebook: https://www.facebook.com/nenechickenmalaysia/
📲Instagram: https://www.instagram.com/nenechickenmalaysia/?hl=en
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@nenechickenmalaysia