Nak try fine dining? Tanya Anne Luxury Eats

  • Post author:
  • Post category:Food Review
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing Nak try fine dining? Tanya Anne Luxury Eats

Kalau korang ada bajet lebih, ataupun nak raikan sesuatu, mesti nak cari tempat makan yang ‘atas’ sikit kan? Kalau nak tahu tempat makan fine dining yang best dengan reviu yang autentik, boleh tanya Anne Luxury Eats atau nama sebenar beliau, Anne Chan.

Anne memulakan karier sebagai food influencer berfokuskan fine dining sejak tahun 2020 lagi. Kos untuk makan makanan fine dining boleh mencecah sebanyak RM2,000.00 atau lebih per pax. Kalau korang pernah tengok filem The Menu, korang tahu bahawa kos untuk makan di Hawthorne adalah $10,000 seorang. Jadi, kalau korang nak menghabiskan duit sebanyak tu, mesti pastikan tempat korang makan tu adalah yang sebaik mungkin. Kalau tak, rugi.

Sumber: Instagram

Ada komen yang mengatakan Anne ditaja oleh restoran-restoran tersebut. Tetapi tidak. Anne bekerja di dalam sektor jualan barangan mewah. Beliau lebih daripada mampu untuk membayar kos untuk makan di restoran makanan mewah. Ini menjanjikan review yang asli berpaksikan prinsip 3U: Unbiased (Tidak Berat Sebelah), Unsponsored (Tidak Ditaja), Unfiltered (Tidak Bertapis).

Sumber: Vulcanpost

Beliau tidak bekerja seorang. Beliau mempunyai team sebanyak 2-4 orang merangkumi jurufoto dan second opinion/tastebuds. Ini penting untuk dapatkan review yang lebih detail tentang rasa dan teknik masakan. Beliau juga ada di YouTube cuma lama dah tak update. Sekarang, beliau juga melebarkan sayap di TikTok. Beliau juga ada kolaborasi dengan personaliti terkenal seperti Joanne Kam.

Anne mempunyai citarasa yang boleh dikatakan ‘kayangan’, menjadikan beliau reviewer yang boleh dipercayai untuk fine dining. Bagi Anne, makanan fine dining adalah lebih kepada seni masakan, rasa, tekstur, teknik, penyediaan, hiasan dan banyak faktor yang perlu diambil kira. Kalau korang nak ‘upgrade’ citarasa korang bolehlah belajar dari Anne.

Sumber: Vulcanpost

Untuk yang Muslim, restoran yang Anne Luxury Eats review bukan semuanya halal. Tetapi ada restoran yang menawarkan pork-free menu seperti Dewakan yang masuk dalam senarai Asia’s 50 Best Restaurants 2022. Jadi kalau yang Muslim nak cari pengalaman fine dining yang halal atau pork-free boleh tanya Anne untuk maklumat lanjut ataupun restoran itu sendiri.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang restoran-restoran yang Anne Luxury Eats pernah pergi, boleh pergi ke website beliau.

Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.