Kopitiam antara tempat lepak yang best untuk nikmati sarapan dan juga santai-santai petang dengan family atau kawan-kawan. Meh min nak kenalkan dekat korang satu kopitiam yang best di Johor Bahru. Nama tempat itu ialah Kelab Kopi Lama di Taman Kempas Utama. Kalau korang nak tahu Kelab Kopi Lama ni mula beroperasi tahun 2020 semasa pandemik.
Kopitiam ini bertemakan tradisional dan memiliki hiasan dalaman yang menarik. Restoran ni sangat pentingkan kebersihan dan keselesaan pelanggan tau. Ini yang min suka kalau pergi restoran bersih dan rasa makanan pun sedap-sedap. Suasana di restoran ni sangat meriah tau korang dan tempatnya pun besar sesuai nak bawak keluarga yang ramai dan kawan-kawan.
Restoran Kelab Kopi Lama ni buka bermula jam 7.30 pagi – 7 malam pada hari Jumaat hingga Ahad. Manakala Isnin hingga Khamis buka pada jam 8.00 pagi hingga 7 malam. Mereka akan bercuti pada hari Selasa minggu ketiga sahaja. Ini bermakna korang ada peluang hari-hari nak makan dekat Kelab Kopi Lama. Tapi kalau korang peminat sejati kopitiam dan nak cari tempat best lagi boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/food-review/kopitiam-143-tempat-sarapan-penuh-nostalgia/
Pelbagai jenis menu yang disajikan di sini setiap hari bermula dari sarapan hingga makan petang. Banyak menu yang korang boleh pilih tau nak makan mee kari, sotong bakar, masak lemak cili api, kuih muih, atau goreng-gorengan semua ada. Mesti rambang mata punya kalau korang datang sini. Tak percaya boleh tengok food review ni mesti korang terliur.
Menu
1. Nasi Dagang (RM7.00)
Restoran di Johor tapi menyediakan pelbagai makanan dari negeri lain juga. Nasi Dagang antara pilihan orang ramai untuk datang ke Kelab Kopi Lama sebab bukan senang tau nak ada restoran yang ada segala jenis makan lebih-lebih lagi Nasi Dagang. Korang patut cuba hidangan ni.
2. Nasi Lemak Bashmati + Daging Salai Masak Lemak Cili Api
Nasi Lemak Bashmati? Wah Kelab Kopi Lama ni lain macam betul ya memang lain dari yang lain. Nak lagi syok korang boleh mix and match lauk yang korang nak untuk makan dengan nasi lemak ni. Macam kat atas ni nasi lemak tambah dengan daging salai masak lemak cili api. Fuh sedapnya! Kalau macam ni la memang min ambil semua lauk.. Haha
3. Mee Kari
Mee kari juga antara hidangan yang menjadi pilihan pelanggan di Kelab Kopi Lama pada waktu petang. Haa sambil sembang dengan kawan-kawan boleh makan mee kari. Mee kari dia memang besar tau makan sorang pun kenyang lepas tu kuah kari dia pun pekat.
4. Kuih Muih 6 biji (RM4.00)
Kelab Kopi Lama juga menyediakan menu sarapan dan makan petang seperti kuih muih dan goreng gorengan. Haa macam-macam jenis makanan tau ada seperti ketayap, karipap kentang, roti bakar, kuih lopes dan banyak lagi.
Korang tak kan nak baca je cuba waze sekarang mana tahu esok boleh breakfast dan lunch di Kelab Kopi Lama. Menu yang sedap-sedap tengah tunggu korang tu. Untuk pengetahuan korang Kelab Kopi Lama adalah partner restaurant dengan Club Cari Makan (CCM) tau jadi kepada member CCM korang akan dapat offer deals kalau makan disini. Best kan! Meh min share location restoran ni.
Location
📍 Kelab Kopi Lama
2, Jln Kempas Utama 1/1, Taman Kempas Utama, 81300 Johor Bahru, Johor
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/p7mdE7xLhZ9R89Sk9
🗺️Waze: Klik sini
📲Instagram: https://www.instagram.com/kelabkopilama/?hl=en
📲Facebook: https://www.facebook.com/kelabkopilama
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@kklkempas