Menikmati Masakan ala Thailand di Banngkok Street Food

You are currently viewing <strong>Menikmati Masakan ala Thailand di Banngkok Street Food</strong>

Kepada korang yang mengidam makanan Thailand, tak payah susah susah dah nak ke Thailand sebab di Malaysia kita ada Banngkok Street Food yang terletak di Setapak Kuala Lumpur. Konsep di sini memang sama seperti di Bangkok dari kepelbagaian makanan Thailand dan suasana yang dibawa di restoran ini. Memang nampak sebiji seperti di Bangkok okay! 

Jangan risau korang makanan di sini semuanya HALAL so korang nikmati puas puas makanan disini bersama kawan kawan korang. Apa lagi korang memang kena try datang ke Banngkok Street Food. 

Banngkok Street Food
Banngkok Street Food

Restoran yang bertemakan ala ala Thailand sememangkan akan menarik perhatian korang semua. Ruang yang besar dan luas didalam restoran serta bahagian luar yang amat sesuai untuk korang datang bersama keluarga tercinta sambil menikmati makanan premium Thailand. Cara order disini sangat senang melalui scan QR menu online yang tertampal di meja makan dan korang tunggu je makanan korang sampai.

Sementara tunggu makanan sampai, korang boleh melihat keunikan Restoran Banngkok Street Food yang sangat happening terutamanya malam malam. Restoran ini tema berwarna-warni, lengkap dengan kerusi berwarna terang, serta payung. Beroperasi sejak 2016, Banngkok Street Food dikendalikan oleh dua beradik Wira dan Chef Mus, dan mereka menyajikan makanan asli Thai yang sangat enak.

Harga makanan disini sangat berpatutan dengan saiz hidangan yang besar. Jadi korang kalau mengidam masakan Thai, boleh cepat cepat datang ke Banngkok Street Food yang menyediakan pelbagai jenis makanan Thailand yang unik dan sedap sedap.

Menu Banngkok Street Food (Review Customer)
Menu Banngkok Street Food (Review Customer)

Datang sendiri dan alami sendiri pelbagai jenis makanan Thai di sini, mesti akan terkejut dengan pilihan yang ada. Lebih 100 jenis makanan Thai bermula dari Starter seperti Mieng Kam, Seafood seperti Ikan Siakap Krungthai, Tomyam Super Bangkok, Ho Mok Steam, Ketam Chili Basil, Daging dan Ayam Pakrapow, Pad Prik King, Telur Hoy Tod, Sayur Phad Bung Phad Khana sampailah Desert seperti Pancake Banana, Chatuchak Ice Cream, Steam Bread dan Pulut Mangga semuanya rasa asli Thai.

Min yakin korang pasti rambang mata nak pilih masakan apa jadi min nak listkan menu yang rata rata pengunjung recommend sangat sedap dan berbaloi untuk try ha!

MENU

1. Sua Rong Hai (RM10.90)

Daging perap yang sangat cukup rasa dimakan bersama sambal istimewa. Min recommend ni if korang suka makan Daging Harimau Menangis. Saiz hidangan yang besar dan memang kenyang sangat if korang order ye!

Suo Rong Hai
Suo Rong Hai

2. Pulut Ayam (RM7.90)

Kepada penggemar Pulut Ayam Thailand, korang memang kena try menu di Bangkok Street Food. Pulut ala Thai dihidangkan bersama ayam berempah dicicah dengan sos manis Thai. Ayam yang dihidangkan amat besar dan harga yang sangat berpatutan. Sangat berbaloi untuk korang try ye!

Pulut Ayam (Review Customer)
Pulut Ayam (Review Customer)

3. Spicy Tamarind Fish (RM43.00)

Hidangan yang kebanyakkan orang recommend kerana ikan yang digunakan begitu segar dan isi ikan pun lembut je. Kuah yang dimasak bersama ikan sangat menyelerakan sehingga korang boleh hirup kuah ye hahaha. Dan yang paling penting korang boleh mintak nak kurangkan pedas hidangan jika korang tak boleh makanan yang pedas sangat ye!

Spicy Tamarind Fish (Review Customer)
Spicy Tamarind Fish (Review Customer)

4. Tomyam Super Bangkok (RM10.90)

Datang ke Banngkok Street Food, sememangkan korang kena orderlah tomyam kaw kaw. Sekali hirup tomyam ini confirm korang akan teringat rasa yang cukup pedas, masam dan sangat menggeliurkan korang! Tomyam yang sangat pekak serta isi ayam yang sangat banyak bersama seafood. Ditambah lagi dengan bahagian ayam seperti sayap dan kaki. Wow sangat menarik ye tomyam disini! 

Tomyam Super Bangkok (Review Customer)
Tomyam Super Bangkok (Review Customer)

5. Banana Pancake Nutella (RM9.90)

Untuk dessert pulak, korang kena try menu ini yang sangat sedap. Penkek yang dibakar rangup bersama isi pisang ditambah lagi dengan taburan nutella di atas penkek. Kombinasi yang sangat menarik dan berbaloi untuk makan bersama hidangan yang lain.

Banana Pancake Nutella (Review Customer)
Banana Pancake Nutella (Review Customer)

6. Thai Tea

Ni memang minuman yang wajib korang order lah. Thai tea yang amat pekat lemak rasa teh dia memang kaw kaw padu ye! Sebijik macam di Thai Tea di Thailand ye.

Thai Tea
Thai Tea

So kalau korang rindukan makanan Thailand tu tak perlu jauh jauh nak pergi sampai Bangkok sana. Dekat Setapak ni dah ada makanan yang sebiji macam kat Thailand tahu yang sememangnya sangat sedap dan berbaloi betul! Apa lagi korang jemput singgah di Banngkok Street Food yang menyediakan masakan Thailand yang menyelerakan dan padu!

LOCATION

📍Banngkok Street Food Setapak
Platinum Walk Setapak, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/xi8kRFr2L9onXxZz6
🗺️Waze : Banngkok Street Food
📱Facebook : https://web.facebook.com/BANNGKOKStreetFoodMY/?_rdc=1&_rdr
📱Instagram : https://www.instagram.com/banngkokstreetfoodmy/?hl=en

Leave a Reply