Min yakin korang pasti mempunyai kesukaran untuk mencari tempat makan yang menyediakan masakan ala kampung di Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur terdapat sebuah tempat makan yang menyediakan makanan ala kampung pada waktu tengah hari yang pasti akan memikat hati anda. Restoran Sambal Hijau merupakan tempat yang amat sesuai bagi korang yang mencari masakan kampung yang memang padu habis di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Restoran Restoran Sambal Hijau menyediakan lebih 80 jenis masakan istimewa, lauk-pauk, sayur-sayuran, ulam-ulaman berkualiti dan lazat untuk anda nikmati setiap hari. Makanan yang disediakan pasti akan membuka selera korang dan mereka mempunyai banyak pilihan lauk mengikut citarasa sendiri. Restoran ini juga pernah mendapat liputan daripada rancangan Jalan-jalan Cari Makan yang famous itu.
MENU
1. Nasi Lemak Sambal Hijau
Nasi lemak adalah hidangan yang popular di Malaysia dan Sambal Hijau menawarkan versi mereka yang unik dengan menggunakan sambal hijau khas mereka. Sambal hijau ini terbuat dari lada hijau yang diolah dengan rempah-rempah dan santan sehingga memberikan cita rasa yang unik dan khas. Nasi lemak ini juga disajikan dengan telur rebus, kacang, ikan bilis dan acar.
2. Hidangan Ikan Bakar
Ikan bakar di Sambal Hijau adalah hidangan yang famous dan sangat recommend untuk para pelanggan. Ikan yang digunakan segar dan disajikan dengan rempah-rempah yang sedap dan pedas. Hidangan ini biasanya disajikan dengan nasi putih dan ulam.
3. Laksa Johor
Laksa Johor adalah hidangan khas Johor yang dihidangakn dengan mee tebal dan kuah santan yang berlemak. Di Sambal Hijau, hidangan ini disajikan dengan udang, sotong, telur rebus, sayuran dan sambal belacan.
Pelanggan akan membanjiri restoran Restoran Sambal Hijau pada waktu tengah hari. So korang perlu datang lebih awal bagi megelakkan daripada tiada tempat duduk dan akan kecewa. Selain daripada makanan tengah hari, disini juga menyediakan makan malam. Korang boleh membawa keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati hidangan di sini.
Jangan lupa untuk datang ke Restoran Sambal Hijau bagi merasai sendiri keenakkan lauk pauk dan makanan lain yang disediakan. Korang pasti tidak akan menyesal dan berpuas hati dengan semua hidangan di restoran ini.
📍Restoran Sambal Hijau
Lot 2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
🗺️Google Maps : https://goo.gl/maps/nVK2y3NkZaU1Ytqm8
☎️Phone : +60 3-7731 2045
📱Facebook : https://www.facebook.com/restoransambalhijau/?locale=ms_MY
📱Website : http://sambalhijau.my/