Peminat nasi kandar dan nasi briyani wajib kena tahu restoran ini sebab makanan dekat sini sangat sedap dan lauk dia semuanya sedap. Restorannya adalah Mamu Briyani House yang terletak di Rawang, Selangor. Macam-macam jenis makanan ada dekat sini tau dan cara mereka masak nasi briyani pun sangat unik. Bagi min keunikan mereka tu yang buatkan ramai pelanggan tertarik nak datang ke sini.
Selain itu, restoran nasi kandar dan briyani ini juga boleh drive thru weh. Menarik betulkan! Selain restoran fast food ini pertama kali min tahu restoran nasi kandar ada drive thru. Lagi mudah la urusan customer yang nak bungkus makanan saja. Nak lagi best masakan mereka memang cukup rasa dan rempah yang digunakan pun memang padu weh.
Peminat nasi briyani dan nasi kandar ingat kena datang sini tau. Apa yang min suka dengan restoran ni mereka suka keluarkan idea-idea baru lagi-lagi di bahagian menu. Mamu Briyani House ada pula menu baru dengar-dengar makan nasi dalam pasu. Jom kita tengok menu apa yang mereka ada sediakan. Sebelum tu min nak share dengan korang video food review untuk Mamu Briyani House ni.
Haa.. korang nak cari lagi tempat best nak makan nasi kandar dan ini restorannya di Kajang, nak datang cuba dulu baca artikel ni.
https://purpledurian.my/makan/moden/nikmati-salman-nasi-kandar-dengan-berkonsepkan-murah-banyak-dan-sedap/
Menu Mamu Briyani House
1. Matka Kashmiri Mutton Briyani (New Menu)
Menu baru ni korang kena try sebab ni first time ada menu macam ni dekat Malaysia. Untuk pengetahuan korang Matka ini adalah pasu yang mereka gunakan. Jadi pelbagai menu Matka yang mereka ada tau. Salah satunya adalah Kashmiri Mutton Briyani, walaupun baru ramai pelanggan suka menu ni tau. Jadi korang memang kena cuba bila datang Mamu Briyani House.
2. Masala Chicken With Bamboo Briyani
Menu Masala Chicken ni dihidangkan sekali dengan bamboo briyani yang jadi kegemaran ramai pelanggan. Rasa rempah briyani dan ayam tu sangat la kaw dan sedap weh.
3. Nasi Dalca Ayam Bawang
Nasi dalca ayam bawang ni pun antara kegemaran pelanggan di Mamu Briyani House. Korang boleh pilih nak kuah banjir atau tak ya. Tapi kalau min lagi suka kuah banjir memang padu rasa dia. Menu ni antara menu favourite min dekat sini jadi korang kena cuba tau.
Bukan setakat bamboo briyani dan nasi kandar je tau. Mereka juga ada menyediakan lauk lain yang korang boleh pilih yang penting rempah mereka semua memang terbaik. Set lamb shank pun ada tau kat sini memang terbaik lah. Korang kalau datang sini dan nak jimat boleh jadi member Club Cari Makan untuk dapatkan diskaun 10%. Baru lah syok nak makan kalau dapat diskaun kan. Serbu sekarang korang !
Location
📍 Mamu Briyani House
1-G, Kemaris Avenue, Jln Kawasan Perindustrian Rawang, Sungai Bakau, 48000 Rawang, Selangor
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/unSKVfJgvwtqp6f79
📲Facebook: https://www.facebook.com/mamubriyanihouse/
📲Instagram: https://www.instagram.com/mamu.briyani/?hl=en
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@mamubriyani