Kalau korang kenal satu kedai yong tau foo yang famous dekat belakang bomba di Taiping tu, korang mesti tahu kan betapa sedapnya yong tau foo kat situ? Ya! Sekarang korang boleh jugak tau nak try Yong Tau Foo yang sedap macamtu dekat Lembah Klang ni iaitu Tepen Yong Tau Foo!
Lepasni, tak payah lah korang nak craving yong tau foo lagi sebab kat sini je dah ada tiga tau cawangan yang terletak di Bangi Square, Bukit Antarabangsa dan lagi satu ada dekat Ampang. Korang pilihlah mana-mana cawangan yang berdekatan dengan tempat tinggal korang.
Haritu kami dari team Purple Durian sempat singgah di salah satu cawangan Tepen Yong Tau Foo ni yang terletak di Bangi Square. Korang sampai je situ korang parking dan jalan sedikit sampai korang nampak sign macamni, dijamin tak sesat!
Lepas dah sampai di depan kedai Tepen Yong Tau Foo, kami tak sabar tau nak pilih variasi makanan frozen yang kita boleh pilih untuk kita makan dalam pelbagai bentuk. Dekat Tepen Yong Tau Foo, ada tiga cara yang mereka tawarkan untuk pembuatan yong tau foo ni iaitu goreng, rebus dan sup! Menarik kan?
Selalu kita nampak yang rebus je, kalau korang nak try goreng atau sup, boleh lah singgah ke kedai ni nanti!
Ha menarik kan? Kita boleh pilih ala carte atau set yang sudah tersedia oleh mereka. Haritu kami sendiri dah order ala carte yong tau foo dan kami pilih sup dan rebus. Sedap tau korang lagi lagi yong tau foo kita tu dimakan dengan sos hitam yang manis untuk kita cicah bersama.
Nampak sedap kan korang? Terasa rugi pulak sebab tak try order yong tau foo goreng. Dengar cerita yang goreng ni la yang paling popular antara ketiga-tiga jenis masakan yang ditawarkan mereka. Selain yong tau foo, mereka ada juga tau chee cheong fun dan sotong kangkung!
Kalau korang nak order, korang boleh tekan link ni dan order yong tau foo dari mereka. Confirm tak menyesal! Nanti boleh juga tengok video kami pergi ke kedai ni di lama sosial Tiktok dan Instagram kami tau! Jangan lupa like, follow dan komen juga!