Mak Pah Tomyam – Ayam Lado Cili Hijau Paling Letup!

You are currently viewing Mak Pah Tomyam – Ayam Lado Cili Hijau Paling Letup!

Sekarang ni dah masuk musim hujan, kalau dapat makan nasi putih dengan lauk yang pedas – pedas mesti syokk ni! Min tengah scroll TikTok terjumpa pula satu warung ni, nampak sedap so min nak share dengan semua!

Mak Pah Tomyam, Chow Kit KL. Sumber: Google

Mak Pah Tomyam iala sebuah warung yang menjual pelbagai menu tempatan yang padu-padu. Warung ni terletak dekat dengan Pasar Chow Kit sebelah Balai Bomba, parking kat sini agak susah tau! Min pesan awal-awal sebab nanti ada yang marah min pula hihi. Warung dia simple je memang vibes warung tu ada lah. 

Sumber: makpahtomyam/facebook

Menu yang paling famous dan asyik disebut-sebut kat sini ialah Ayam Lado Cili Ijau mereka. Siapa suka makan pedas boleh lah singgah sini, nikmat weh makan ni bila hujan and sejuk-sejuk ni. Menu lain juga ada kat sini tetapi tiada yang special sangat pun untuk direkomen kat korang sebab memang menu kedai tomyam je.

Ikan Goreng berselimut sambal hijau. Sumber: Google

Oh, selain ayam berlado korang boleh juga order ikan keli atau daging goreng tau, memang diorang akan siram dengan sambal lada hijau so korang boleh bagitau nak banyak mana.

Ayam Lado Cili Ijau

Ayam sambal lado digemari ramai. Sumber: Google

Ini lah main point artikel review kali ni tau! Menu ni datang dengan nasi putih dan ayam goreng sambal lado tu. Kalau order telur dadar pun lagi syok, makan juga dengan kicap! Dekat Chow Kit tu dah banyak orang buat ayam style macam ni tau, tapi memang tak boleh lawan dengan yang dekat Mak Pah Tomyam ni. Memang ketagih weh rasa sambal dia tu walaupun time makan mesti berpeluh! Bagi yang kurang makan pedas, min nasihatkan korang minta dekat diorang untuk asingkan sambal. Pedas dia memang level tak bergurau haa nanti karang ada pulak kes sakit perut hihi. 

“It was great, always dine here. Never dissapoints! Sambal hijau must try, but be careful sometimes its very spicy 🌶”

Kopi Susu

Kopi susu. Sumber: Google

Minuman ni memang sedap untuk korang basuh pedas kat tekak tu! Lemak manis dan pekat kopi susu dia mantap geng. Tengah tahan pedas tu satu cawan pun tak cukup tau!

Haih korang takkan nak telan air liur je? Jemput la pergi try sendiri Ayam berlado Mak Pah ni, nanti kongsi dengan min pengalaman korang makan sini tau!

📍Location:

Mak Pah Tomyam

69, Jalan Haji Hussein, 

Chow Kit, 

50300 Kuala Lumpur, 

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Phone: 013 6651974

Website: –

Facebook: https://ms-my.facebook.com/makpahtomyam/ 

Instagram:-

TikTok:-